Puteri Sarah tetap nak failkan cerai, anggap rumah tangga sudah temui titik noktah

Puteri Sarah tetap nak failkan cerai, anggap rumah tangga sudah temui titik noktah

Kemelut rumah tangga antara Puteri Sarah Liyana dengan suaminya, Syamsul Yusof nampaknya masih berlarutan apabila pelakon itu tetap ingin menfailkan penceraian.

Segala kemusnahan sudah dilakukan suami

Memetik laporan dari Harian Metro, Puteri Sarah mengatakan mahligai rumah tangganya sudah pun menemui noktah walaupun Syamsul ada mengeluarkan kenyataan mahu berdamai dengan isteri pertamanya.

“Segala kemusnahan sudah dilakukan oleh Syamsul. Saya akan failkan perceraian,” katanya.

 

Semua dah dijawab Syamsul

Apabila ditanya tentang penjelasan yang dibuat oleh Syamsul, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu mengatakan semuanya telah dijawab oleh pengarah filem tersohor berkenaan.

“Semua dah dijawab,” katanya.

 

Terdahulu, menerusi video yang dikongsikan Syamsul di media sosial, dia meminta masa dan ruang untuk mendamaikan masalah yang dilalui dimana isteri pertama serta keluarganya menentang perkahwinan keduanya dengan Ira Kaza.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu  Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada minggu lalu, Syamsul telah mengaku bernikah dengan Ira Kaza di Thailand berwalikan bapa kandung wanita terbabit yang juga aktor terkenal, Kazar Saisi. Butiran pernikahan mereka tidak pula dinyatakan secara jelas oleh Syamsul.