Puteri Sarah tiba di Mahkamah Syariah KL bersama adik untuk failkan penceraian

Pelakon Puteri Sarah Liyana selamat tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur kira kira jam 10.25 pagi untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof.
Puteri Sarah yang memakai jubah serta tudung serba hitam itu hadir bersama dua orang adik beradiknya.
Pelakon itu disambut oleh lebih 10 media yang menunggu di perkarangan mahkamah sejak awal pagi tadi.
“Semalam balik shooting jam 1 pagi dan hari ini sudah bersedia untuk segalanya.
“Pagi ini saya bangun dengan bersemangat,” katanya ringkas kepada media sebelum meneruskan urusannya.
Hadir bersama adik-beradik
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik Mstar, Sarah mengatakan yang dia berada dalam keadaan bersedia dan bersemangat untuk memulakan perjuangannya demi keadilan.
Menurut pelakon itu lagi, dia dan peguamnya akan memberikan kenyataan sejurus selepas urusannya di dalam mahkamah selesai.
Dia yang kelihatan ceria namun terlihat sembab kerana kurang tidur segera masuk ke dalam mahkamah syariah selepas menyapa media yang menanti kehadirannya untuk menfailkan penceraian.
Bersedia untuk memulakan langkah
Terdahulu, Puteri Sarah Liyana telah meminta agar Syamsul Yusof melepaskannya menerusi muat naik di Instagram kerana pengarah tersebut sudah lama menyekatnya di media sosial serta aplikasi WhatsApp.
Dia yang tidak rela dimadukan meminta agar Syamsul melepaskannya supaya dia dapat bebas dari terus menanggung derita selepas suaminya mempunyai hubungan dengan perempuan lain dan kini susahpun bernikah dengan individu tersebut.
Semoga urusan Sarah dipermudah.
Berita lanjut menyusul