Rahmat di sebalik kehilangan Timbalan Menteri Wilayah, aktiviti pelacuran ibu kota kembali meriah

Rahmat di sebalik kehilangan Timbalan Menteri Wilayah, aktiviti pelacuran ibu kota kembali meriah

Bukan sekadar pusat urut biasa sebaliknya premis di Jalan Metro Perdana Barat, Kepong di sini, turut menawarkan khidmat khas ‘bermanja’ bersama wanita warga Vietnam.

Perkhidmatan yang mengenakan bayaran RM150 hingga RM300 itu ditawarkan premis terbabit yang berselindung di sebalik pusat refleksologi kaki.

Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan Jabatan Penguatkuasaan (JPK) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, kelmarin.

Pengarah JPK DBKL Osman Ismail berkata, enam wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 30 tahun turut ditahan pada serbuan itu.

“Ketika serbuan, empat pelanggan warga tempatan berada di premis terbabit.

“Turut ditahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai pekerja premis itu,” katanya hari ini.

Menurut beliau, DBKL mengeluarkan notis kompaun dan menutup serta merta premis terbabit mengikut Seksyen 101(1)(V) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Sebanyak 16 bilik dibina secara berpetak turut dirobohkan. Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk proses lanjut,” katanya. – HM