Rahsia pau kukus jadi gebu & bulat, ikut petua ni komfirm jadi!

Rahsia pau kukus jadi gebu & bulat, ikut petua ni komfirm jadi!

 

Pau merupakan kuih tradisional yang sangat popular di Malaysia dan mempunyai beraneka inti seperti kelapa dan rendang.

Biarpun ia kelihatan seperti mudah dibuat, namun prosesnya memerlukan penelitian yang tinggi dan ada pantangnya.

Jadi, kalau pembaca nak hasil pau menjadi gebu bulat yang cantik, mari ikuti resepi pau kukus ini.

Resepi pau kukus putih gebu dan bulat di bawah telah dikongsikan oleh Puan Rahmah Rosmin dari sumber yang ditemuinya.

RESEPI PAU KUKUS

resepi pau kukus

Kuih yang nampak mudah tapi agak manja iaitu pau kukus. Salah satu kuih yang pernah menjadi sumber rezeki saya.

Bahan A:

  • 1/2 cawan air suam kuku (boleh tambah jika adunan masih keras)
  • 1 sudu teh yis (saya guna brand saf)
  • 1 sudu besar gula kastor

*Satukan semua bahan di atas dalam satu bekas kacau dan biarkan berbuih 5- 6 minit lebih kurang.

Bahan B:

  • 2 cawan tepung pau / tepung gandum
  • 1 sudu besar penuh (membukit) shortening
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh super cream /apa-apa pelembut roti (tak letak pun boleh)
  • Secubit garam

*Satukan semua bahan B di atas, gaul hingga jadi serbuk.

Cara-caranya:

  1. Masukkan larutan yis (bahan A) ke dalam bahan B, digaul rata dan uli. Tambah air sedikit-sedikit sekiranya doh masih keras (doh jangan keras dan jangan lembik).
  2. Uli doh hingga sebati dan licin. Tutup doh dan rehatkan sekejap dalam 5-10 min.
  3. Kemudian, bulat-bulatkan ikut besar mana yang disukai.
  4. Ambil satu adunan masukkan inti dan letak atas kertas minyak, perap hingga naik lebih kurang 25 – 30 minit (bergantung pada keadaan) dan kukus hingga 7-8 minit.
  5. Balut penutup kukusan untuk menggelakkan air menitis.
  6. Sukatan guna cawan dan sudu metrik.

Sumber resepi You Tube. Hasil air tangan dan foto: rahmahrosmin.