Rahsia suami terbongkar, rupa-rupanya ini sebab kenapa tak pernah ‘sentuh’ isteri selepas kahwin
Kebahagiaan yang diharapkan oleh seorang wanita untuk dicintai oleh suami nampaknya tidak berkekalan selepas lelaki berkenaan menjalin hubungan sulit dengan kaum sejenis ‘gay’ sebelum tindakannya itu terbongkar.
Kisah yang boleh dijadikan pengajaran ini telah dikongsi oleh seorang wanita di Twitter dan meraih perhatian ramai.
Pelik dia tak ‘sentuh’
Menurut wanita yang enggan mendedahkan identitinya, dia dan suami mendirikan rumah tangga hampir empat tahun. Sejak bulan Oktober tahun 2020, mereka berdua tidak pernah ‘bersama’.
Senang cerita saya terkahwin dengan gay. Macam mana saya tahu semua kuasa Allah.
Saya pelik la juga kenapa dia tak nak sentuh aku sebab hal remeh. Contoh, penat. Bila gaduh dia akan tidur di luar.
Macam-macam la alasan remeh terutama kalau saya ada buat salah. Tak kemas dengan betul ke apa ke.
Saya anak tunggal. Mak saja ada. Saya kahwin agak lambat di usia 31 tahun. Saya tahu dia gay masa buat solat tahajud dan doa sungguh-sungguh.
Saya bukan jenis periksa telefon suami. Kami percaya antara satu sama lain.
Ujar wanita tersebut lagi, semuanya bermula apabila dia mendengar bunyi notifikasi daripada telefon suami. Kebetulan telefon tersebut tertinggal di rumah.
Saya buka telefon dia dan aku terjumpa Twitter dark side dia. Dia chat dengan lelaki. Macam-macam saya jumpa dan sempat rekod video sebagai bukti.
Saya terpaksa berpura-pura buat bodoh. Tapi sampai bila. Nama saya hanya atas sijil dan harapan untuk dia berubah masih ada.
Saya cuma nak luah , tapi tak ada la sampai nak jumpa kaunselor. Paling sedih, Allah nak tunjuk lagi dia cakap nak berubah tapi nafsu tidak.
Saya terjumpa gambar dia dengan lelaki. Memang dia tak berubah. Kenapa aku boleh tahan sampai sekarang.
Pernah suruh dia buat ujian HIV, nasib baik negatif. Paling bersyukur, kami tak ada anak.
Di akhir perkongsian, wanita itu berkata dia tidak mahu berjumpa dengan kaunselor kerana takut rahsia terbongkar dan aib suaminya tersebar.