‘Raja Troll’ enggan debat dengan Rafizi

‘Raja Troll’ enggan debat dengan Rafizi

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyahut cabaran debat bekas Ahli Parlimen Ampang, Rafizi Ramli tetapi perlu disertai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sindiran Ahli Parlimen Pekan itu susulan Rafizi dilapor mencabarnya berdebat mengenai isu syarikat Sapura Energy Bhd (SEB).

“Rafizi nak debat isu Sapura? Boleh. Tapi panggil bos kamu Anwar Ibrahim debat dengan saya. Kamu boleh sama-sama atas pentas untuk debat bersama atau bantu dia.

“Dua lawan satu, tiada masalah.

“Ini seperti kes Azmin cabar debat dengan saya berhubung Felda pada Pilihan Raya Negeri Johor dan saya bersetuju dengan syarat Muhyiddin yang debat dengan saya. Azmin boleh debat bersama atau bantu Muhyiddin,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya Anwar tidak mahu berdebat maka Rafizi boleh berdebat dengan Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil.

“Jika Anwar tak ingin debat dengan saya, Rafizi boleh debat dengan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil yang merupakan pemenang debat piala Perdana Menteri bagi tahun 1991 manakala Rafizi menang tahun 1992,” ujarnya.