Rakyat kesal UMNO, Pas dan Mufti Perlis cuci tangan dalam isu kematian Adib
PN TUTUP KES KEMATIAN ADIB.
Masa zaman PH jadi kerajaan ada dibuat inkues ke atas kes kematian Adib di Mahkamah Koroner Shah Alam. Inkues itu dibuat di atas arahan Peguam Negara, Tommy Thomas untuk memastikan dengan jelas punca kematian almarhum Adib. Ini dinamakan ketelusan.
Koroner Rofiah Muhammad pada 27 September 2019 memutuskan bahawa punca kematian Adib adalah dari perbuatan jenayah.
Pemimpin PAS dan Umno masa itu menggunakan keputusan ini sebagai modal politik mereka dengan menuduh yang bukan-bukan ke atas kerajaan PH dan Peguam Negara. Kononnya ada cover-up.
Ternyata tuduhan mereka adalah pembohongan. Pembohongan dan fitnah yang dibuat atas nama agama.
Saya dari awal lagi berpendirian bahawa adalah hampir mustahil untuk pihak pendakwaan mendapatkan sabitan bersalah kes bunuh ke atas mana-mana tertuduh dalam kes ini.
Saya pernah menulis kepada seorang rakan menjelaskan pandangan saya tentang kes ini. Saya membuat analogi kes ini dengan kes pembunuhan Uthman Ibn Affan RA
Ramai di kalangan para sahabat Nabi SAW yang mahu agar keadilan ditegakkan dan pembunuh Uthman RA dihukum. Tetapi, Ali Ibn Abi Talib RA tidak dapat menghukum pembunuhnya kerana kejadian berlaku dalam suasana rusuhan dan punca kematian adalah disebabkan kesan kolektif dan akumulatif akibat tindakan beberapa orang yang tidak dapat dikenalpasti dengan jelas. Tidak ada saksi di tempat kejadian yang boleh diambil keterangan secara jelas berkenaan siapa sebenarnya yang menyebabkan kematian. Tak mungkin nak hukum semua beratus-ratus orang yang berada dalam rusuhan tersebut.
Di pihak penyokong Uthman RA mereka merasakan keadilan tidak dilaksanakan. Di pihak penyokong Ali RA pula mereka berhujjah bahawa keadilan tidak boleh dilakukan secara arbitrari atau andaian. Perdebatan ini berterusan sehingga ratusan tahun oleh penyokong masing-masing.
Untuk mendapatkan sabitan kes bersalah membunuh ke atas tertuduh adalah suatu yang sangat sukar bagi pihak pendakwaan. Sebab itu kes ini mengambil masa yang lama. Bukan kerana ada cover up oleh kerajaan PH seperti yang dituduh.
Terbukti bila PN jadi kerajaan, mereka sendiri gagal membuat pendakwaan dan akhirnya terus menutup kes ini. Ini dinamakan hipokrasi.
Hipokrasi mereka ini akan menjadi legasi yang kekal untuk zaman berzaman.
Sumber – FB