Ramai buat lawak motor jalan sendiri, sebak bila tahu penunggang motosikal kecundang di jalan

Ramai buat lawak motor jalan sendiri, sebak bila tahu penunggang motosikal kecundang di jalan

 

Sebagai pengguna jalan raya, memang sudah menjadi satu perkara wajib untuk sentiasa berhati-hati ketika memulakan perjalanan.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang diri sendiri sudah pandu dan tunggang dengan cermat. Namun orang lain pula yang leka serta cuai sehingga menyebabkan insan tak bersalah menjadi sasaran.

Rakaman CCTV nahas membabitkan seorang penunggang motosikal

Sejak semalam sempat tular satu rakaman satu insiden yang berlaku di hadapan bangunan Giatmara Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Dalam video yang diambil menerusi kamera CTTV tersebut, kelihatan sebuah motosikal berwarna merah meluncur laju dari lorong paling kanan jalan raya sehinggalah menyimpang masuk dalam parking yang menempatkan kenderaan pelajar di lokasi berkenaan.

@utusantvofficial

Katanya penunggang motosikal maut. 📍GiatMARA Titiwangsa, KL, 20/2/23 #alfatihah #salamtakziah #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Rider dah terbaring tak sedarkan diri

Namun anehnya, motosikal tersebut hanyalah bergerak sendiri dan tanpa penunggang sehinggalah menjadi bahan jenaka sesetengah pihak di media sosial.

Akan tetapi kejadian sebenar berlaku cukup menyedihkan, rider motosikal tersebut rupa-rupanya sudah terbaring tidak sedarkan diri selepas dipercayai bergesel dengan sebuah lori yang sedang menukar lorong.

Baru 20 hari tukar gambar lepas kehilangan ayahanda tercinta

Penunggang motosikal yang dikenali sebagai Zoelfadli Shawal dikhabarkan telah pun menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian. Allahyarham akan dibawa ke Tanjung Malim untuk urusan pengebumian.

Lebih sedih lagi, rider berkenaan difahamkan baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta kira-kira 2 minggu lalu dan sempat menukar gambar profil bersama. Allahyarham juga telah pun tinggalkan seorang balu bersama anak-anak yang masih kecil.