Ramai dakwa layan video konten View Chin sebab ada watak ‘Teha anak Dato’

Ramai dakwa layan video konten View Chin sebab ada watak ‘Teha anak Dato’

 

Pendedahan isteri pempengaruh TikTok, View Chin iaitu Shermine Hau-Ah Moi mengenai kecurangan suaminya masih menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen sejak semalam.

Difahamkan, pasangan tersebut sering mencuri tumpuan di media sosial kerana menghasilkan konten berbentuk video lakonan yang sarat dengan mesej positif kepada orang ramai.

Dalam video dihasilkan, terdapat watak popular bernama ‘Teha Anak Dato’ dijayakan oleh Fatihah Zolkefly yang juga salah seorang kakitangan mereka.

Ah Moi bersama ‘Teha Anak Dato’

Susulan pendedahan penuh kontroversi itu, nama ‘Teha Anak Dato’ yang bijak dalam menangani situasi dipetik warganet berharap dia dapat menyelesaikan masalah rumah tangga pasangan terbabit.

Teha boleh selesaikan

Dia kan anak Dato

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen menjelaskan, mereka sering menonton konten View Chin dan Ah Moi disebabkan kewujudan watak ‘Teha Anak Dato’ yang sangat menghiburkan.

Malah, ada juga segelintir menyifatkan View Chin tidak akan dikenali ramai sekiranya tanpa kemunculan watak ‘Teha Anak Dato’ yang berjaya menghidupkan lakonan dalam video mereka.

Minat watak Teha tu

Teha tu macam watak utama, hidupkan semua video View Chin

Kalau tengok konten View Chin, mesti cari Teha

Tengok video diaorang sebab Teha je

Semalam, Ah Moi menerusi pelbagai perkongsian di laman Facebook mendedahkan pelbagai bukti mendakwa suaminya bersikap curang dengan seorang wanita bernama Mira yang juga kakitangan mereka sendiri.