Ramai kembang tekak tengok kepala tikus sesat dalam nasi kukus kedai viral

Ramai kembang tekak tengok kepala tikus sesat dalam nasi kukus kedai viral

Isu melibatkan kebersihan di kedai makanan semakin menjadi-jadi pada masa kini sehingga mendatangkan kebimbangan di kalangan pengunjung seperti mana dilalui oleh lelaki ini.

Siapa sangka, ‘mood’ seorang lelaki sewaktu menjamah makanan di sebuah kedai nasi kukus viral di Sabah terbantut apabila dia menemui sesuatu aneh.

Sedap makan, tetiba jumpa kepala tikus

Menerusi video tular dimuat naik oleh pengguna TikTok, memaparkan lelaki berkenaan sedang ‘membelek’ bendasing yang dipenuhi dengan lauk sebelum sedar bahawa ia sebenarnya kepala haiwan perosak iaitu tikus.

Bagaimanapun, rupa tikus itu tidak dapat dilihat dengan jelas kerana sudah bersalut dengan kuah. Tetapi, jelas kelihatan misai yang ditemui selain teksturnya kental menguatkan lagi a adalah haiwan perosak berkenaan.

@tiktok_kluang

Ada kepala tikus di Restaurant.Nasi kukus Putatanpatutlah tutup ada KKM tadi ee kalau nak makan nasi kena hati-hati semua Kedah info semua kepada orang ramai 😳🤭

♬ Masih sore diri AdikWaniey – _ᶜᶜᵗᵛᴅɪᴋɪʀ_

@tiktok_kluang

Ada kepala tikus di Restaurant.Nasi kukus Putatanpatutlah tutup ada kkm tadi ee kalau nak makan nasi kena hati-hati semua Kedah info semua kepada orang ramai

♬ Simalakama – Vita Alvia

Kembang tekak!

Rata-rata netizen meluahkan rasa jijik sebaik sahaja melihat video berkenaan dengan mengatakan haiwan berkenaan tidak patut berada di dalam berkenaan.

Malah, ada juga tertanya-tanya bagaimana tikus berkenaan boleh berada di dalam makanan tersebut.

Sementara itu, ada juga yang mengatakan bahawa ianya kemungkinan berlaku kerana ada unsur dengki dengan pemilik premis tersebut kerana hal berkenaan tidak menjadi isu sepanjang mereka beroperasi.

Difahamkan, kedai nasi kukus tular di Putatan, Sabah  berkenaan telah pun diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas pelanggan menemui sesuatu bendasing dalam makanan mereka sewaktu sedang ‘jamah’.