Ramai pelik tengok Uwais pakai baju warna merah, Shuib akhirnya dedah sebab sebenar

Ramai pelik tengok Uwais pakai baju warna merah, Shuib akhirnya dedah sebab sebenar

 

Umum sedia maklum, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu telah selamat menjadi tunang kepada wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah dalam sebuah majlis sederhana di kediaman keluarga wanita itu di Shah Alam, Selangor pada 6 Mei lalu.

Khabar gembira itu sudah semestinya mengejutkan para peminatnya malah, mereka sudah tidak sabar menantikan hari bahagia pasangan tersebut yang bakal disatukan pada 23 Jun kelak.

Kenapa Uwais pakai baju warna merah?

Namun begitu, disebalik majlis pertunangan yang telah berlangsung dua hari lalu, ramai yang tertanya-tanya mengapa anak sulung Shuib iaitu Uwais Alqarani tidak berpakaian warna sedondon dengan ahli keluarga yang lain.

Enggan untuk membiarkan netizen terus membuat spekulasi, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, Shuib tampil memberi penjelasan susulan isu tersebut ketika membuat siaran langsung bersama pengikutnya, semalam.

@_ajieha_

tengok vtt sampai habis baru dpt jwpn #like #komen #share #shuibsepahtu

♬ DJ Kuda Yang Mana Kuda Yang Mana Tuan Senangi – Pantun Janda – Kurenai Music

Dalam video tersebut, pelawak yang berusia 39 tahun itu mendedahkan Uwais tak memakai baju mengikut tema disebabkan tidak muat selepas dua minggu berhari raya.

Pendedahan yang dilakukan oleh Shuib secara tidak langsung menepis dakwaan netizen sebelum ini yang mendakwa Uwais memakai penampilan serba merah disebabkan mengenang arwah ibunya, Siti Sarah.

Sekadar info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama arwah Siti Sarah dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarani, Dzahira Talita, Ariq Martin dan Ayash Affan.