Ramai tak tahu ada 6 jenis makanan yang boleh tenangkan fikiran, lapangkan minda

Ramai tak tahu ada 6 jenis makanan yang boleh tenangkan fikiran, lapangkan minda

 

PERASAAN gelisah dan fikiran yang tidak tenang boleh berlaku atas pelbagai sebab.

Sedarkah anda, untuk fikiran tenang, minda yang lapang, antaranya boleh dilakukan dengan cara mengambil makanan tertentu.

Jadi, carilah makanan kaya nutrien untuk meningkatkan kesihatan yang baik dan mengurangkan gelisah.

Untuk itu anda boleh mencuba enam jenis makanan di bawah ini:

1. Buah beri

Buah beri (blueberry) kaya dengan antioksidan dan vitamin C. Buah ini dipercayai dapat meningkatkan ingatan dan memberikan perlindungan daripada demensia.

Ia juga mengandungi flavonoid, iaitu sebatian yang banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran untuk memberi manfaat kepada kesihatan.

Menurut Top Nutrition Coaching, Megan Hilbert, flavonoid ada di dalam buah beri yang disebut antosianin terbukti mempengaruhi kesihatan otak dan mengurangkan keradangan saraf, yang dikaitkan dengan rasa kegelisahan.

2. Coklat hitam

Coklat hitam tingkatkan ‘mood’ kerana mengandungi flavonoid. - Foto hiasan

Kajian menunjukkan coklat hitam atau gelap dapat meningkatkan ‘mood’ atau tekanan kerana mengandungi flavonoid.

Ia juga tinggi triptofan-asid amino untuk pengeluaran dan pemeliharaan protein badan digunakan tubuh untuk berubah menjadi ‘neurotransmitter’ sekali gus meningkatkan ‘mood’ seperti serotonin di otak.

Ia juga kaya dengan magnesium untuk membantu mengurangkan kegelisahan, sama ada diambil dalam bentuk makanan atau makanan tambahan.

3. Telur

Telur juga mengandungi serotonin, yang dikatakan dapat meningkatkan keupayaan otak. - Foto hiasan

Kuning telur adalah sumber vitamin D yang baik dan dikatakan sangat bermanfaat diambil pada musim sejuk disebabkan kurang cahaya matahari.

Kekurangan Vitamin D dikaitkan dengan kebimbangan. Telur juga mengandungi serotonin, yang dikatakan dapat meningkatkan keupayaan otak dan meredakan tekanan.

4. Kunyit

1 gram curcumin sehari boleh membantu mengurangkan kegelisahan. - Foto hiasan

Kunyit dijadikan sebagai rempah yang sering digunakan dalam masakan India.

Serbuk rona kuning mengandungi curcumin, dikatakan dapat mengurangkan kebimbangan dan keradangan.

Dalam satu kajian, mendapati hanya 1 gram curcumin sehari boleh membantu mengurangkan kegelisahan pada orang dewasa.

5. Kacang Brazil

Kacang Brazil membantu meningkatkan ‘mood’ dan kurangkan keradangan. Foto hiasan

Kacang Brazil mengandungi sejumlah besar selenium yang mengandungi antioksidan lain.

Penyelidikan menunjukkan boleh meningkatkan ‘mood’ dengan mengurangkan keradangan.

Namun, terlalu banyak diambil boleh membahayakan. Jadi individu dinasihatkan makan tidak lebih daripada tiga atau empat kacang Brazil sehari.

Kacang Brazil adalah sumber vitamin E yang baik, yang terbukti dapat mengurangkan kegelisahan pada anak-anak.

6. Teh chamomile

Chamomile boleh menenangkan minda terutama ketika rasa sedih. - Foto hiasan

Chamomile adalah bunga yang sering dijadikan salah satu sumber ubat herba yang mempunyai banyak khasiat.

Ia juga dikatakan dapat menenangkan minda terutama ketika rasa sedih dan kemurungan.

Menghirup wap minyak chamomile juga sebagai cara semula jadi untuk mengurangkan kegelisahan dan tekanan serta membantu mengatasi masalah insomnia.