Ramai tak tahu BlackRock sebenarnya dimiliki oleh individu ini
Ramai yang tidak mengetahui kewujudan syarikat yang paling berpengaruh di dunia ini iaitu Blackrock.
Ia juga dikaitkan dengan negara zionis Israel malahan ada kena mengena dengan penstrukturan semula kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Namun, perdana menteri Malaysia menyatakan Blackrock tiada kena mengena dengan MAHB dan rundingannya pula tidak secara terus.
Data menunjukkan bahawa BlackRock memiliki pelaburan dalam saham di Bursa Malaysia sebanyak RM24.7 bilion, serta memiliki bon kerajaan dan korporat di Malaysia yang bernilai RM7.9 bilion.
Menurut data yang boleh diperoleh secara terbuka setakat Mei 2024, firma pelaburan global BlackRock telah melabur dalam ekuiti 100 syarikat tersenarai di Malaysia, meliputi pelbagai sektor industri. Tiga entiti terbesar dalam pelaburannya adalah institusi perbankan di negara ini.
Berdasarkan senarai pelaburan BlackRock di Malaysia, sektor perbankan merupakan tiga entiti tertinggi dilaburnya iaitu Public Bank sebanyak RM2.34 bilion (2.75 peratus), diikuti Maybank RM2.16 bilion (1.88 peratus) dan CIMB RM1.42 bilion (2.07 peratus).
Tenaga Nasional Berhad di tangga keempat dengan pelaburan sebanyak RM8.6 juta (1.32 peratus), disusuli Metal Aluminium RM625 juta (1.62 peratus) dan CelcomDigi RM526 juta (1.03 peratus).
Blackrock turut mengendalikan Aladdin iaitu syarikat teknologi gergasi yang menyelia aset sekurang-kurang RM89 trilion.
BlackRock diasaskan pada tahun 1988 oleh seorang bilionaire berpengaruh bernama Larry Fink dan firma itu beroperasi secara global dengan memiliki 70 pejabat di 30 negara serta pelanggan di 100 buah negara.
Secara amnya, Blackrock adalah syarikat yang diupah oleh Amerika Syarikat untuk menyelesaikan segala analisis serta bedah siasat untuk segala kekacauan yang berlaku.
Ia juga menjalankan aktivitinya tanpa bidaan kompetitif serta beroperasi secara rahsia.