Ramai tak tahu cara masak nasi lemak guna santan kotak, cantik berkilat dan sedap
Untuk hidangan masakan “Nasi Lemak” yang sedap, paling penting adalah nasi dan sambalnya. Kalau sambal menjadi tapi nasi tak menjadi, tak syok juga nak makan.
Cara-Cara Masak Nasi Lemak
Cara saya masak nasi lemak. InsyaAllah mudah dan senang. Pasti menjadi. Saya tak pandai ikut nisbah, tak faham, saya ukur air pakai jari sahaja. Dah biasa macam tu. Nasi masak elok, tak mentah.
Cuci bersih-bersih.
Saya buat bahan apa yang ada di rumah sahaja. Nasi lemak saya tak suka letak bawang.
Air campur santan. Selepas tuangkan santan, ukur air menggunakan jari telunjuk. Pastikan isi air sampai ke aras garisan pertama jari telunjuk. Tak boleh lebih, tak boleh kurang. Kalau terkurang, nasi akan mentah. Kalau terlebih, nasi akan jadi sedikit lembik.
Letak minyak masak untuk bagi nasi lemak jadi sebiji-sebiji. Cantik berkilat elok saja bila masak nanti.
Dah siap! tak nak bagi santan berkumpul atas nasi, sebelum nasi masak, harus kacau dahulu.
Senangkan cara penyediaan Nasi Lemak yang dikongsikan. Paling penting caranya sangat senang diikut dan confirm menjadi. Jadi tunggu apa lagi, jom buat sekarang!