Ramai tak tahu cara mudah nak bersihkan seterika yang ada kesan hitam sampai jadi berkilat semula

Ramai tak tahu cara mudah nak bersihkan seterika yang ada kesan hitam sampai jadi berkilat semula

 

Sesetengah seterika yang mempunyai kesan hitam atau hangus sebenarnya berpotensi untuk merosakkan pakaian lebih-lebih lagi jika dibiarkan dan tidak dibersihkan segera.

Suri rumah pasti buntu untuk memikirkan cara bagaimana mahi menanggalkan kesan hitam akibat terbakar tadi.

Walaupun rupanya sudah tidak seperti dulu tetapi ia sebenarnya masih elok digunakan seperti biasa. Jika anda merasa rimas melihat kesan kehitaman pada seterika, berikut merupakan cara mudah untuk menanggalkan kesan hitam tersebut.

1) Garam
Bahan yang paling senang untuk bersihkan seterika yang hangus adalah dengan menggunakan garam. Caranya sangat mudah.

Mula-mula taburkan garam di atas sehelai surat khabar atau aluminium foil dan kemudian panaskan seterika menggunakan suhu yang paling maksimum.

Selepas itu, gosokkan permukaan seterika di atasnya hingga tertanggal semua kesan hangus. Berkesan!

2) Lilin
Gunakan sebatang lilin dan gosok pada seterika yang dah dipanaskan hingga lilin menjadi cair. Selepas itu, tonyohkan permukaan seterika pada kain buruk / kain yang tak digunakan lagi.

Cubalah, permukaan seterika akan kembali licin.

3) Daun pisang

Kalau di rumah ada banyak daun pisang, bolehlah gunakan teknik ini. Ia juga petua yang biasa digunakan oleh mak-mak kita.

Caranya, gosokkan saja di atas daun pisang. Kalau kesannya susah nak tanggal, kikiskan dengan pisau dan gosok semula dengan daun pisang untuk licinkan permukaan seterika tadi.

4) Ubat gigi
Cara yang seterusnya ini tak perlu panaskan seterika.

Gunakan ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang ada kesan hangus. Biarkan seketika dan kemudian sental dengan kain. Kesan kotoran akan tanggal dengan mudah. Ulangkan beberapa kali atau sehingga ianya betul-betul bersih.

5) Soda bikarbonat / baking soda
Cara seterusnya, boleh gunakan baking soda atau soda bikarbonat yang biasa kita gunakan untuk buat kek. Soda bikarbonat memang terkenal sebagai agen pencuci yang berkesan.

Campurkan sedikit air pada serbuk baking soda sehingga menjadi pes. Kemudian sapu pada permukaan seterika yang hangus atau hitam. Biarkan sekejap untuk ia bertindakbalas. Kemudian, ambil kain buruk dan gosok perlahan-lahan. Semua kesan kehitaman yang terlekat akan tanggal.

6) Kertas pasir
Satu lagi cara yang mudah, boleh gunakan kertas pasir. Macam guna garam tadi, kita panaskan seterika dan gosok hingga kotoran tanggal.

Seeloknya guna yang kasar dulu, kemudian guna yang nipis. Gosokkan hingga permukaan seterika menjadi bersih.

7) Magic sponge
Kalau anda selalu shopping di kedai Eco atau kedai DIY, mesti perasan kan ada dijual magic sponge ini. Ianya memang berguna sebab boleh bersihkan macam-macam kesan kotoran termasuklah kesan hangus pada seterika.

Cara bersihkan seterika guna span ini mudah saja. Basahkan dulu span tu, kemudian gosok saja bahagian yang ada kesan kehitaman tadi. Kadang-kadang memang ambil masa sedikit, tapi hasilnya sangat memuaskan. Kalau malas nak beli di kedai, boleh juga beli online contohnya di Lazada atau Shopee.