Ramai tak tahu cara tidur yang betul dalam Islam

Ramai tak tahu cara tidur yang betul dalam Islam

 

Sudah tentunya dalam agama Islam, penjagaan dari sudut kesihatan fizikal dan mental amatlah dititikberatkan.

Ini juga termasuk dengan cara tidur dalam Islam mengikut beberapa jenis yang perlu diberi perhatian.

Bukan semua jenis tidur disarankan ya!

Jadi, berikut merupakan perkongsian ilmu dari Tiktok Ustaz Kembar tentang jenis-jenis tidur dalam Islam yang anda perlu ambil tahu.

Kalau nak sihat dari segi mental dan fizikal, jagalah tidur anda juga ya.

CARA TIDUR DALAM ISLAM MENGIKUT JENIS

1.Hailullah

-Tidur selepas Subuh
-Tak bangun Subuh

Orang yang tidur selepas waktu solat Subuh ini akan menyebabkan rezekinya terhijab dan tidak mendapat keberkatan dalam rezeki. Jadi, kalau boleh elakkan tidur selepas waktu Subuh ya.

2.Qailulah

-Tidur sebelum Zohor
-Tidur selepas Zohor

Ini merupakan tidur sebentar sebelum waktu Zohor atau selepas waktu Zohor dalam masa kira-kira satu jam. Tidur ini akan memberikan tenaga kepada kita, khasnya untuk anda yang ingin bangun malam hari untuk qiamullai.

3.’Ailullah

-Tidur selepas waktu Asar

Tidur pada waktu ini amatlah dilarang kerana ia boleh mengundang penyakit pada badan dan juga jiwa kita. Paling dasyat sekali adalah, boleh menjejaskan otak kita menjadi tidak bersemangat dan malas. Katanya boleh menyebabkan GILA juga!

*Jadi, janganlah tidur pada waktu yang tidak sesuai ya. Orang cakap kalau tidur banyak nanti gemuk!

@ustazkembar

Jenis-jenis tidur dalam Islam… ini cukup membuktikan bahawa Islam sangat menekan umat untuk menjadi manusia yang sangat berkualiti tinggi, sehinggakan bab tidur sahaja sangat ditekankan dan diajar, Jom kita follow cara tidur yang baik dalam Islam supaya kita menjadi manusia super

♬ original sound – UstazKembar – UstazKembar