Ramai tak tahu kebaikan makan epal setiap hari, pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan

Ramai tak tahu kebaikan makan epal setiap hari, pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan

 

MAKAN sebiji epal setiap hari, kesihatan anda pasti terjamin. Itulah terjemahan daripada peribahasa Inggeris mengenai khasiat epal.

Pengambilan epal setiap hari terbukti mempunyai pelbagai khasiat yang penting untuk tubuh manakala airnya sesuai digunakan sebagai pembersih kulit.

Menyedari khasiat sumber makanan semula jadi itu, epal seharusnya dijadikan menu pemakanan harian terutama bagi mereka yang mengalami masalah kegemukan dalam membantu mendapat berat badan ideal.

Epal juga boleh digunakan sebagai snek antara masa makan untuk mengurangkan kelaparan dengan jumlah kalori yang rendah.

Epal adalah sajian terbaik sebagai sebahagian diet sihat yang menggalakkan penurunan berat badan untuk membolehkan kita kekal sihat dan cergas.

Snek yang kaya potasium ini adalah pilihan terbaik kerana mudah dibawa dan dimakan tanpa perlu dipotong terlebih dahulu.

Mengambil sebiji epal sebelum memulakan aktiviti fizikal meningkatkan stamina ketika bersenam.

Cegah pelbagai penyakit

Amalan pemakanan ini membantu mencegah pelbagai penyakit. Epal juga terbukti meningkatkan melawan penyakit, malah dipercayai merawat sebarang kerosakan pada sel tubuh.

Buah ini juga kaya dengan serat yang memberi kebaikan kepada sistem penghadaman.

Membantu menyingkirkan toksin, seterusnya meningkatkan tenaga dan kesihatan keseluruhan.

Pilihan epal

Antara epal yang sering didapati adalah jenis Gala, Fuji, Granny Smith, Red Delicious, Golden Delicious, Honeycrisp, Crisp Pink, Jonagold dan Braeburn yang mempunyai rasa manis tersendiri.

Ia juga berbeza dari segi warna dan tekstur selain mempunyai kegunaan khusus misalnya untuk penghasilan jus, salad, pai, sos, pencuci mulut atau sekadar menikmatinya sebagai snek sihat.

Kebaikan epal

Kaya dengan flavonoid

Epal kaya dengan bahan flavonoid bagi mengurangkan aktiviti pertumbuhan kanser. Bahan seperti triterpenoid dalam kulit epal juga mempunyai sifat anti kanser.

Meningkatkan aktiviti otak

Kajian terbaharu mendapati tikus yang diberi minum jus epal dapat mengelak masalah Alzheimer dan melawan kesan penuaan pada otak mereka.

Ia juga meningkatkan aktiviti otak dan membuatkannya lebih cerdas.

Gigi lebih kuat dan putih

Epal mampu menggantikan berus gigi kerana menggigit dan mengunyahnya menggalakkan pengeluaran air liur. Ini membantu mengelak masalah gigi reput dan mengurangkan bakteria dalam mulut.

Menjaga kesihatan otak

Kajian mendapati mereka yang makan lebih banyak buah dan makanan tinggi serat mampu mengelak daripada Parkinson kerana penyakit itu berlaku apabila sel saraf yang hasilkan dopamine terjejas sedangkan epal mampu menjaga kesihatan otak.

Menurunkan kolesterol

Epal mempunyai serat larut yang mampu ‘menarik’ dan membuang kolesterol daripada tubuh, seterusnya menjadikan paras kolesterol menurun.

Jantung lebih sihat

Pengambilan serat tinggi menurunkan kolesterol, seterusnya menjadikan jantung lebih sihat dan mengurangkan risiko pengumpulan plak pada salur arteri.

Mengelak pembentukan batu karang

− Kandungan kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

Mengelak sembelit

Pengambilan serat tinggi melancarkan sistem penghadaman dan menjadikan proses pembuangan najis mudah, seterusnya memelihara kesihatan diri.