Ramai tak tahu kenapa semut suka buat sarang dalam suis elektrik, bahaya jika dibiarkan

Ramai tak tahu kenapa semut suka buat sarang dalam suis elektrik, bahaya jika dibiarkan

 

Biasanya semut suka benda yang manis dan jika kita malas nak kemas atau tak bersihkan rumah dengan elok, kemungkinan besar akan ada suatu tempat yang jadi tempat mereka bersarang.

Boleh dikatakan semut adalah serangga yang senang kita selalu nampak dekat rumah. Jarang lah rumah korang tak ada semut kan?

Antara salah satu tempatnya yang selalu jadi tempat mereka bersarang ialah dalam suis elektrik di rumah. Mesti pelik bukan? dalam banyak-banyak tempat kenapa mesti dalam suis juga yang jadi pilihan semut-semut ini untuk bersarang.

Renjatan elektrik akan membunuh semut-semut tersebut dan membebaskan sejenis bahan kimia pheromones. Pheromones ini menarik lebih banyak semut untuk datang dan ia bermakna akan ada lebih banyak lagi semut yang mati di situ!

Tapi pernah tak korang fikir kenapa semut suka bersarang dalam kotak suis elektrik? Menurut Public Health Malaysia, mereka suka bersarang di tempat itu kerana tertarik dengan gelombang elektrik.

Akibatnya adalah suis yang telah jadi tempat semut-semut bersarang ini biasanya akan cepat rosak dan terpaksa digantikan dengan yang baru, malah ia juga boleh mengaibatkan kersokan pada bahagian elektrik.

Oleh itu, untuk menghalang perkara ini daripada berlaku, anda boleh ikuti beberapa cara di bawah ini:

Pastikan ruang ruang barang elektrik di rapatkan
Letakkan bahan penghalau semut di kotak elektrik
Lakukan pembersihan dengan berkala
Sentiasa prihatin jika nampak semut mula berkumpul di barang elektrik