Ramai tak tahu kenapa suhu bilik boleh bertukar tidak sejuk jika aircond dan kipas siling dibuka serentak, ini sebabnya
Perasan tak kalau kita buka penghawa dingin (aircond) serentak dengan kipas siling, udara di dalam ruang bilik tak sesejuk seperti yang kita mahukan.
Kalau difikirkan pelik juga sebab kedua-duanya sepatutnya berfungsi untuk menyejukkan ruang bilik.
Menjawab persoalan itu, seorang pengguna Facebook, Muhammad Noramin Mat ada berkongsikan mengapa suhu bilik akan bertukar tidak sejuk jika didupkan kedua-keduanya dalam satu masa.
Kami kongsikan penjelasan penuh pemuda berkenaan:
Assalamualaikum. Semalam aku ada bagitahu pasal hidupkan penghawa dingin dan hidupkan kipas biasa.
Kalau korang nak tahu, bila korang hidupkan dua-dua benda ni dalam masa yang sama, nanti suhu panas dengan suhu dingin boleh bergaul.
Selepas itu nanti penapis penghawa dingin korang pun cepat tersumbat.
Jadi benda macam ini, korang kene kerap cuci penapis peghawa dingin korang. Kalau tak cuci macam manalah nak rasa sensasi dingin peghawa dingin tu kan?
Korang banyak rasa angin dari korang rasa dingin.
Kalau macam tu rugi je pasang penghawa dingin kat rumah kalau rasa dingin tu tak seronok! kan?
Nah ni aku lukis gambar kat bawah bagi korang tengok (buka gambar, dalam tu ada cerita sikit) macam mana kitaran angin tu.
Aku nak buat video grafik aku tak reti geng. Aku lukis je lah senang walaupun lukisan aku tak semolek lukisan Leonardo da Vinci. Korang paham dah kira ok lah aku rasa.
Gambar A: Situasi normal bila pasang penghawa dingin dan tutup suis kipas biasa.Kitaran hawa panas dan dingin dalam kondisi yang baik.
Gambar B: Situasi ni kedua-dua pasang yang menyebabkan penghawa dingin pening dengan suhu ruang bilik.Kitaran hawa panas dan dingin bercampur. (boleh jadi penyebab bil elektrik korang tinggi)
P/S: Kalau korang tahu guna ‘mod dry’, tu dah kira lain.
Selepas ini anda bolehlah ikut tips yang diberi supaya dapat menjimatkan bil elektrik anda juga!