Ramai tak tahu kenapa tiada kapal terbang lalu atas Banjaran Himalaya dan Gunung Everest

Ramai tak tahu kenapa tiada kapal terbang lalu atas Banjaran Himalaya dan Gunung Everest

 

Pengalaman untuk melihat gunung tertinggi di dunia dari pandangan tingkap pesawat adalah sesuatu yang sangat menakjubkan.

Bayangkan anda sedang duduk di kerusi anda dan menghirup secawan kopi sambil menikmati puncak gunung yang dilitupi salji. Menarik, kan?

Namun, masalahnya adalah pesawat tidak terbang di atas Gunung Everest, atau di banjaran Himalaya. Persoalannya, mengapa pesawat tidak boleh berbuat demikian?

Untuk menjawab soalan ini, cuba bayangkan pesawat komersial secara tiba-tiba memutuskan untuk terbang di atas Himalaya.

Pada mulanya, semuanya berjalan lancar di mana pesawat sampai ke ketinggian terbang 35,000 kaki dan bergerak dengan kelajuan 885 kilometer sejam.

Tak lama kemudian, juruterbang melihat pelbagai gunung tinggi berada di hadapan, dengan satu puncak jauh melebihi yang lain. Ia merupakan Gunung Everest, gunung tertinggi di atas paras laut di dunia.

Ketinggiannya adalah 29,000 kaki dan ia terus bertambah dengan sepersepuluh inci setiap tahun.

Bagaimanapun, juruterbang tidak sedikit pun bimbang untuk terbang melalui puncak ini. Lagipun, perbezaan jarak antara pesawat dan puncak Everest adalah 6,000 kaki.

Tetapi apabila pesawat telah sampai ke Everest dan terbang di atasnya, para juruterbang menyedari bahawa mereka harus berhati-hati.

mengapa pesawat komersial tidak terbang atas gunung everest 2

Kerana pada saat itu pelbagai jenis masalah akan muncul. Tiba-tiba, semua orang dalam kabin terdengar dentuman yang kuat dan krew kokpit dengan pantas mengenalpasti terdapat tanda-tanda penyahmampatan.

Mungkin terdapat masalah dengan sistem tekanan di mana salah satu pintu mungkin tidak ditutup dengan betul atau terdapat keretakan di bahagian tingkap mahupun kabin.

Tak kiralah apa sekalipun sebab kecemasan berlaku, kru-kru pesawat harus bertindak segera.

Penumpang dalam pesawat tersebut yang memberikan perhatian kepada demonstrasi keselamatan pra-penerbangan sebelum pesawat berlepas lantas memakai topeng oksigen dan cuba untuk bertenang.

banjaran himalaya

Kru-kru kokpit pula hampir panik kerana oksigen yang terdapat dalam topeng oksigen adalah tidak begitu banyak yang biasanya bertahan kurang daripada 15 hingga 20 minit.

Dan anda mungkin boleh bayangkan apa yang akan berlaku jika kekurangan oksigen di ketinggian 35,000 kaki.

Oleh sebab itu, juruterbang mesti menurunkan pesawat ke ketinggian 10,000 kaki di mana para penumpang sendiri boleh bernafas tanpa menggunakan topeng oksigen.

Tetapi, jangan terlupa bahawa pesawat ini masih terbang di atas Himalaya dan mustahil untuk juruterbang menurunkan pesawat serendah itu. Jadi, anda sendiri boleh fikir apa kesudahan bagi semua orang yang berada dalam pesawat ini.

Ketinggian yang membolehkan juruterbang melakukan kesilapan

Juga, anda harus tahu bahawa ketidakupayaan untuk menurunkan pesawat dalam kes penyahmampatan yang cepat ini bukanlah satu-satunya perkara yang menghalang pesawat daripada terbang di atas Everest.

Satu sebab lain adalah adalah kerana pesawat mempunyai ketinggian penerbangan yang mengagumkan yang mana ia membolehkan para juruterbang mempunyai “ruang untuk melakukan kesilapan”.

Ini bermakna jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, kapten pesawat boleh meluncurkan pesawat sementera cuba untuk membetulkan masalah.

Namun, tak banyak yang boleh dilakukan jika juruterbang hanya mempunyai ruang jarak 6,000 kaki sahaja.

Selain itu, jika pendaratan kecemasan tidak boleh dielakkan, juruterbang tidak dapat mencari lapangan terbang berdekatan yang mudah untuk diakses.

mengapa pesawat komersial tidak terbang atas gunung everest

Memang diakui, Lapangan Terbang Kathmandu boleh berurusan dengan sebuah pesawat, tetapi lapangan terbang ini hanya mempunyai satu landasan dan tidak mempunyai sistem pendaratan instrumental.

Dan akhir sekali, jika anda pernah terbang di atas gunung, anda mungkin tahu bahawa pergolakan angin di atasnya sangatlah menakutkan.

Angin yang bergerak di atas gunung pada kelajuan tinggi yang dikenali sebagai “gelombang gunung”, yang boleh mengubah apa-apa penerbangan menjadi buruk.

Dan walaupun pergolakan ini tidaklah begitu berbahaya, namun syarikat penerbangan masih cuba merancang laluan mereka di sekitar kawasan pergunungan, jika boleh.

Dan bercakap tentang Himalaya, pergolakan di kawasan ini tersangat buruk sehingga hampir mustahil untuk kapal terbang komersil terbang di rantau itu.

(Lapangan terbang Lukla, terletak di Gunung Everest)

Jadi, jika anda mengambil kira semua faktor ini, adalah sangat jelas mengapa ia merupakan cara selamat dan mudah untuk kapal terbang untuk mengelakkan diri daripada melalui Himalaya sepenuhnya.

Tetapi kawasan pergunungan ini bukanlah satu-satunya tempat yang tidak disukai juruterbang. Satu lagi tempat yang tidak disenangi juruterbang adalah Lapangan Terbang Lukla di Nepal, lokasi di mana mereka yang mahu melawat Gunung Everest tiba.

Tidak semua pengunjung tahu bahawa ini adalah salah satu lapangan terbang yang paling sukar.

Juruterbang sangat sukar untuk mendarat ke landasan kerana lapangan terbang ini terletak di antara gunung-gunung yang tinggi.

Malah, ia juga mempunyai landasan yang pendek dan oleh kerana bangunan terminal sendiri tidak mempunyai lampu atau tenaga elektrik, adalah mustahil untuk mendarat di sini jika keadaan tidak sempurna.