Ramai tak tahu khasiat makan gajus, elok untuk kesihatan, kuatkan imuniti badan
Kacang gajus adalah sumber magnesium penting untuk pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain.
Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook hari ini, kacang gajus dilihat sering dijadikan sebagai makanan ringan disebabkan memiliki khasiat yang pelbagai.
Katanya, gajus antara nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran tenaga, kesihatan otat dan kuatkan imuniti badan.
“Gajus rendah gula dan kaya dengan serat, lemak yang menyihatkan jantung dan memiliki protein tumbuhan.
“Gajus bukan sahaja sedap, ia juga mengandungi banyak nutrien dan mineral yang baik untuk kesihatan.
“Ia ada fungsi anti radang, mempunyai gula rendah dan baik untuk kesihatan jantung,” kongsinya.