Ramai tak tahu rupanya 10 filem ini adalah kisah benar

Ramai tak tahu rupanya 10 filem ini adalah kisah benar

Selain diadaptasi dari buku mahupun novel, filem yang diadaptasi dari kisah nyata juga pasti memberikan sentuhan emosional yang mendalam kepada penonton. Penonton seakan-akan dapat melihat sejarah mahupun jalan hidup seseorang itu.

Sebuah filem dengan kisah yang pernah terjadi seakan-akan mempunyai ‘roh’ tersendiri hingga mampu mengikat para penonton untuk terus mengikuti alur cerita filem dari awal hingga akhir.

Berikut merupakan 10 filem berdasarkan kisah nyata dengan rating tertinggi yang boleh menarik minat penonton. Mari kita lihat senarai filem yang mungkin boleh memberi inspirasi, menyentuh perasaan serta memberi perspektif baru kepada anda.

1. Baby Blues (2008) [5.8/10]

Baby Blues merupakan sebuah filem seram Amerika 2008 yang diadaptasi dari kisah sebenar jenayah pembunuhan yang berlaku pada 20 June tahun 2001 yang melibatkan 5 orang kanak-kanak dibunuh dengan kejam oleh ibu mereka, Andrea Yates. Andrea melemaskan kelima-lima anaknya di dalam tab mandi.

2. The Drug King (2018) [6.2/10]

Jika Colombia ada Pablo Escobar, Korea Selatan ada Lee Doo Sam. Dia merupakan seorang pengedar dadah yang terkenal di Korea Selatan, terutamanya di Busan pada tahun 1970-an. Kebijaksanaan Lee Doo Sam menjalankan perniagaan dadah menjadikan filem ini sangat menarik. Song Kang Ho dapat membawakan watak Lee Doo Sam dengan sangat baik dalam filem ini.

3. Adrift (2018) [6.6/10] 

Filem ini diadaptasi berdasarkan kisah benar dua orang pelayar yang merupakan sepasang kekasih, iaitu Tami Oldham dan Richard Sharp. Mereka telah mengembara ke lautan pada tahun 1983 namun tidak menjangka yang mereka akan bertembung dengan ribut taufan teruk. Mereka terkandas di tengah Lautan Pasifik dan harus mencari jalan ke Hawaii dengan kapal yang sedang karam dan tiada radio. Filem ini mengisahkan bagaimana Tami Oldham dan Richard Sharp bergelut untuk terus hidup di tengah-tengah lautan yang luas.

4. The 33 (2015) [6.9/10] 

Sebuah filem yang diarahkan oleh Patricia Riggen dan ditulis oleh Mikko Alanne, Craig Borten dan José Rivera. Filem ini diadaptasi daripada peristiwa benar bencana perlombongan pada tahun 2010. Ia mengisahkan tentang sekumpulan pelombong yang telah terperangkap di dalam lombong San José, Chile selama lebih dari dua bulan. Filem ini juga memberi detik-detik cemas di mana pada awalnya, mereka mengabaikan amaran kestabilan lombong yang akhirnya runtuh tidak lama kemudian. Satu-satunya jalan untuk keluar di dalam lombong itu tersekat sepenuhnya.

5. Everest 1996 (2005) [7.1/10]

Berdasarkan kisah benar yang pernah terjadi, filem ini mengisahkan tentang dua kumpulan pendaki yang memiliki kemahuan untuk menawan Everest dengan semangat membara dan membawa impian masing-masing dikejutkan dengan bencana alam yang tidak mampu diramal oleh mereka. Menariknya filem ini adalah kerana ia memaparkan semangat persahabatan meskipun dua kumpulan pendaki berkenaan tidak mengenali sesama mereka serta lahir dari latar belakang berbeza.

6. Deepwater Horizon (2016) [7.1/10]

Deepwater Horizon mengisahkan seorang ketua jurutera, Mike Williams yang terselamat daripada letupan penggerudian minyak pada 20 April 2010 yang lalu. Letupan itu telah membunuh ramai anak kapal dan kapal itu karam di lautan. Filem ini dilakonkan oleh pelakon veteran Mark Wahlberg. Di pesisir lautan Gulf of Mexico, para pekerja syif pagi yang keletihan bersiap untuk berehat di kabin dan sebahagiannya berehat di Galley Area. Tetapi mereka meninggalkan satu ‘situasi buruk’ kepada shif seterusnya iaitu bacaan tekanan dalam well (telaga) meningkat secara tiba-tiba.

7. The Blind Side (2009) [7.2/10]

Walaupun sudah lama, The Blind Side tidak dapat dilupakan kerana ia merupakan filem kisah benar terbaik yang pernah ada. Filem biografi kehidupan Michael Oher ini mengisahkan zaman mudanya apabila dia menjadi anak angkat oleh sebuah pasangan, iaitu Leigh Anne dan Sean Tuohy. The Blind Side yang berkisarkan tentang Michael Oher atau Big Mike, iaitu seorang remaja kulit hitam dan bertubuh besar, mempunyai rekod akademik yang teruk dan berasal dari sebuah keluarga yang bermasalah. Dalam kehidupan ‘terbuang’ dari keluarga dan masyarakatnya, seorang wanita berkulit putih bernama Leigh Ann Tuohy (lakonan Sandra Bullock) telah mengambil Big Mike sebagai anak angkat. Dari situlah kehidupan Big Mike mula berubah.

8. Sully: Miracle on the Hudson (2016) [7.4/10] 

Sully adalah singkatan nama kapten Chelsey Sullenberger, iaitu seorang juruterbang US Airways yang mendaratkan pesawatnya di perairan Hudson, New York pada 15 Januari 2009. Sully berjaya mendaratkan pesawat di tengah sungai tanpa sebarang kemalangan jiwa. Kejadian ajaib ini padat dengan penggambaran yang baik oleh pengarah Clint Eastwood dan Tom Hanks sebagai watak utama dan berjaya mendapat ‘review’ positif semasa ia ditayangkan.

9. Patriots Day (2016) [7.4/10]

Filem yang berdurasi 133 minit itu berdasarkan kejadian sebenar letupan dua bom pada acara larian maraton di Boston, 15 April 2013. Kedua-dua pelaku tersebut merupakan adik-beradik bernama Dzhokhar dan Tamerlan Tsarnaev. Tamerlan kemudian maut ketika berbalas tembakan dengan polis, manakala Dzohokhar ditahan. Salah satu peristiwa bersejarah di Boston itu telah mewujudkan rasa perpaduan baharu bagi warga dan polis Boston.

10. Bohemian Rhapsody (2018) [7.9/10] 

Filem ini berdasarkan kehidupan lagenda rock British, iaitu kumpulan Queen yang memaparkan kisah hidup Freddie Mercury yang merupakan vokalis kumpulan tersebut selama 15 tahun sejak daripada penubuhan kumpulan Queen sehingga kepada persembahan mereka di konsert Live Aid pada tahun 1985. Tunjang utama yang berjaya memukau penonton sebenarnya datang daripada pelakon utamanya yang sangat berbakat dan versatil tidak lain tidak bukan, iaitu Rami Malek yang memegang watak sebagai Freddie. Filem ini berjaya menyampaikan pelbagai jenis emosi, jiwa serta mesej dalam gaya penyampaian yang sederhana tetapi cukup cemerlang.