Ramai tak tahu rupanya ini antara sumbangan besar Coldplay kepada Malaysia, patutlah PM kata ‘welcome’

Ramai tak tahu rupanya ini antara sumbangan besar Coldplay kepada Malaysia, patutlah PM kata ‘welcome’

 

Kumpulan muzik terkenal Coldplay dilaporkan pernah menjadi antara penyumbang utama kapal pembersih sampah di perairan negara beberapa tahun lalu.

Kapal yang dibina oleh pertubuhan bukan berkepentingan Belanda The Ocean Cleanup itu ditaja sepenuhnya oleh kumpulan muzik dari British tersebut.

“Tanpa tindakan, mungkin terdapat lebih banyak plastik daripada ikan di lautan menjelang 2050, itulah sebab kerja The Ocean Cleanup sangat penting.

“Kami berbangga untuk menaja Interceptor 005 yang akan menangkap beribu-ribu tan sisa sebelum sampai ke lautan,” kata kumpulan itu sewaktu pemberian sumbangan tersebut.

Kapal pembersihan sumbangan itu dipercayai telah mula beroperasi pada pertengahan tahun 2021 yang lalu.

Interceptor terbaharu tersebut dibina dengan kerjasama firma Finland, Konecranes di kemudahan MHE-Demag di Klang. Kapal itu dikatakan dapat mengumpul sehinggal 100 tan sampah, terutamanya plastik setiap hari.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Cleanup, Boyan Slat berkata bahawa Malaysia adalah negara pertama menerima Interceptor 005.

Ia merupakan kapal yang pertama daripada dua kapal pembersih yang pernah dihasilkan untuk pengeluaran siri daripada reka bentuk generasi ketiga.

Sebelum ini, Slat berkata bahawa sisa plastik di sungai telah pergi ke lautan di mana ia terkumpul secara semula jadi dalam pusaran arus yang bergerak.

Sisa plastik yang kekal dalam pusaran air bergerak perlahan selama bertahun-tahun boleh meningkatkan kesan pencemaran yang buruk kepada ekosistem, kesihatan dan ekonomi.

Justeru, pembersihan yang dibuat oleh kapal tersebut sedikit sebanyak telah membantu proses mencegah pencemaran laut.

Selain Malaysia, kapal Interceptor itu juga telah digunakan di Indonesia dan Republik Dominican.

Coldplay telah mengumumkan tarikh konsert jelajah “Music of the Spheres” mereka yang akan diadakan di Malaysia pada 22 November ini.

Pengumuman tersebut dimuat naik melalui akaun Instagram Live Nation Malaysia.

Melalui perkongsian tersebut, konsert tersebut bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tiket konsert tersebut dilaporkan akan mula dijual pada 16 Mei bermula dari 10 pagi hingga 11:59 malam untuk pemegang kad CIMB Bank, dipetik Siakap Keli.