Ramai tak tahu rupanya tambang teksi di Malaysia antara termurah di dunia

Ramai tak tahu rupanya tambang teksi di Malaysia antara termurah di dunia

 

Boleh dikatakan ramai yang mengeluh berikutan harga tambang perkhidmatan teksi di Malaysia agak mahal. Namun, kajian pula mendedahkan sebaliknya.

Menurut kajian oleh taxi2airport.com, nilai tambang teksi di Malaysia antara yang termurah. Malaysia menduduki tangga kelima tambang teksi paling murah.

Caj yang ditawarkan di Malaysia adalah EUR1.70 (RM7.98) untuk perjalanan 5 kilometer (km).

Negara dengan tambang teksi paling murah adalah negara Mesir dengan tambang EUR0.84 (RM3.94) untuk 5 km.

Tangga kedua milik India EUR1.29 (RM7.98) diikuti Thailand dengan tambang EUR1.41 (RM6.62).

Tambang teksi paling mahal di dunia adalah negara Switzerland bernilai EUR22.68 (RM106.41) untuk 5 km perjalanan.

Sumber : Vitdaily