Ramai tak tahu sebenarnya ada cara untuk matikan rumput tanpa gunakan racun, guna dua bahan ini saja

Ramai tak tahu sebenarnya ada cara untuk matikan rumput tanpa gunakan racun, guna dua bahan ini saja

 

Dalam kalangan kita, mesti ada yang pernah mengalami gatal-gatal pada tangan semasa menyembur racun rumput di halaman rumah.

Bagi yang kurang mahir, amalan pengendalian racun kimia yang tidak sempurna juga akan menyebabkan kemalangan seperti tumpahan, terpercik, letupan atau menjurus kepada penyakit-penyakit keracunan kimia.

Selain manusia, beberapa organisma hidup baik di darat mahupun di laut bakal mendapat implikasi apabila terdedah kepada racun yang sama.

Oleh itu, ada juga yang sanggup memotong rumput dari masa ke semasa untuk mengelakkannya daripada tumbuh di luar kawalan.

Namun, kaedah itu masih kurang berkesan, lagi-lagi jika kita memang tidak memiliki masa yang banyak.

Justeru, bagaimana untuk menghapuskan rumput tersebut tanpa menggunakan racun? Mari selidiki perkongsian di bawah ini.

Jangan risau, anda boleh matikan rumput, tanpa menggunakan sebarang racun

Menerusi hantaran Facebook Berkebun di Rumah, terdapat cara mudah untuk mematikan rumput pada kawasan yang tidak diingini, tanpa menggunakan sebarang racun.

Jelasnya, hasilnya nanti akan dapat dilihat dalam tempoh seminggu.

Menariknya, bahan-bahannya boleh didapati di sekeliling rumah kita iaitu cuka masakan, sabun pencuci pinggan dan satu alat penyembur.

Langkah-langkahnya juga mudah. Pertama sekali, anda perlu menuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur.

Selepas itu, titiskan kira-kira tiga atau empat sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur yang diisikan cuka masakan sebentar tadi.

Kemudian, semburkan campuran cuka dan sabun pencuci pinggan itu pada kawasan rumput liar secara menyeluruh.

Anda hanya perlu menyembur campuran tersebut sebanyak sekali sahaja dan rumput akan bertukar kepada warna coklat dalam masa satu minggu sahaja.

Apabila akarnya sudah menjadi kering, rumput liar akan mudah dicabut dari kawasan yang tidak diingini.