Ramai tak tahu Wardina orang pertama tegur hadis Ustaz Don 10 tahun yang lalu – “Masa tu teruk dia kena kecam dengan netizen”

Ramai tak tahu Wardina orang pertama tegur hadis Ustaz Don 10 tahun yang lalu – “Masa tu teruk dia kena kecam dengan netizen”

 

Nama pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal terus menjadi perbincangan hangat di media sosial selepas dia didakwa menyebarkan hadis tidak bersumber atau hadis palsu dalam ceramahnya.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berkenaan hadis cinta pertama Nabi Muhammad – di mana mufti berkata hadis disebut penceramah tersebut lemah dan tidak bersumber.

Lantaran namanya disebut-sebut, seorang individu mendedahkan bahawa 10 tahun lalu sekitar 2014, pelakon Wardina Safiyyah antara individu paling awal yang pernah menegur penceramah itu 10 tahun lalu.

Kerana teguran itu juga, Wardina dikatakan teruk dikecam kerana dia hanyalah seorang selebriti dan bukan orang ahli agama.

“Sebelum mufti san para alim menegur Ustaz Don, Wardina dah beritahu lama tapi dia dikecam.

“Tidak ramai tahu individu paling awal menegur Ustaz Don adalah Wardina Safiyyah, pada tahun 2014 iaitu 10 tahun dahulu.

“Kerana menegur Ustaz Don teruk Wardina dikecam netizen pada waktu itu.

“Siapa Wardina? Bekas pelakon mahu tegur Ustaz, bekas pelakon ilmu tak ada dan baru dekat dengan Tuhan dah berani tegur agamawan… itulah antara hinaan yang Wardina terima pada waktu itu,” kata Norman Radzuan di Facebook miliknya.

Sementara itu kata Norman, data daripada kajian USIM tentang hadis-hadis bermasalah yang disampaikan oleh Ustaz Don dalam rancangan televisyen bukan satu atau dua, tetapi 54.

Pecahannya adalah 20 Hadis cacat sanad (jalan riwayat), 19 Hadis cacat matan (teks) dan 15 Hadis Tiada Asal.

“10 tahun dahulu Wardina merayu dan bercakap dengan penuh sopan menegur dan minta campur tangan para Ulama.

“Kata Wardina, ‘Saya bukanlah orang alim. Namun saya menyeru kepada para ulama, ustaz, mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal.

“Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik,” demikian kata Wardina 10 tahun lalu.

Pun begitu tiada siapa yang back up Wardina dan membiarkan dia menjadi bahan buli netizen.

Selepas 10 tahun barulah muncul agamawan mempertikaikan Ustaz Don apabila dia semakin galak menggunakan hadis yang tidak sahih.