Ramai tertanya-tanya fungsi bola tergantung pada kabel pencawang elektrik, ini jawapannya

Ramai tertanya-tanya fungsi bola tergantung pada kabel pencawang elektrik, ini jawapannya

 

Bila melalui kawasan pencawang elektrik, kita pasti perasan bola-bola dipasang pada kabel yang panjang itu.

Mungkin kita tertanya-tanya, apa tujuan bola itu dipasang di sepanjang kabel pencawang.

Untuk menjawab kemusykilan ini, bekas jurutera elektrik, Paul Montgomery, berkongsi informasi mengenai fungsi bola yang dikenali sebagai Aerial Marker Ball.

Menurut beliau, bola itu dipasang sebagai penanda keselamatan untuk pesawat, kapal terbang, belon udara panas, atau penerjun udara.

Ia berfungsi memberikan amaran visual kepada pesawat yang terbang rendah agar tidak melanggar kabel.

Warna yang biasa digunakan adalah oren, merah, atau putih. Bola ini dapat dilihat oleh juruterbang pada jarak beberapa ribu meter. Kapal terbang biasanya akan terbang lebih rendah di lokasi seperti gunung, lembah, tasik, sungai, serta kawasan yang dekat dengan lapangan terbang.

Penanda bola ini diperlukan sebagai panduan kepada juruterbang untuk mengelakkan perlanggaran dengan kabel yang sukar dilihat dari jauh. Walaupun kelihatan kecil dari bawah, saiznya sebenarnya lebih besar daripada yang kita bayangkan.

Menurut FAA, bola penanda mempunyai diameter standard tidak kurang dari 36 inci (91 cm). Saiz yang lebih kecil, iaitu 20 inci (51 cm), dibenarkan jika kabel itu berada pada ketinggian 15 meter.

Warna Berbeza Mengikut Lokasi dan Pencawang

Bola ini juga mempunyai perbezaan warna bergantung kepada lokasi pencawang. Warna standard yang biasa digunakan adalah oren, kuning, dan putih. Di kawasan lembah dan sungai, bola yang dipasang akan bercampur warna antara oren, putih, dan kuning.

Kedudukan bola pada pencawang dirancang untuk mudah dilihat pada jarak 4,000 kaki (1,219 meter) supaya ia dapat dilihat oleh juruterbang dari setiap sudut.

Ada Jarak Tertentu

Bola ini dipasang pada jarak 61 meter antara satu sama lain, tetapi jaraknya lebih dekat di lokasi kritikal seperti lapangan terbang atau lembah sungai, biasanya dikurangkan kepada sekitar 10 hingga 15 meter.

Diharapkan selepas perkongsian ini, anda dapat mengetahui sesuatu yang baru. Melihat pemandangan udara, terutamanya pada waktu siang, adalah menarik dengan bola-bola tersusun di permukaan udara.

Namun, bola-bola ini dipasang untuk tujuan keselamatan dan bukan sekadar pemandangan, kerana ia melibatkan risiko tinggi. Pemasangan ini memerlukan kepakaran dan pengalaman, kerana ia melibatkan ketinggian dan aliran elektrik berpuluh ribu volt yang boleh membahayakan pekerja.

Selain bola ini, terdapat juga penanda kabel yang dikenali sebagai Balisor. Balisor adalah sistem lampu yang menyala dan berfungsi sama seperti bola penanda.