Ramai yang kena reject bila mohon kredit RM100 eMadani, ini rupanya punca sebenar

Ramai yang kena reject bila mohon kredit RM100 eMadani, ini rupanya punca sebenar

 

Umum tahu mulai hari ini rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas boleh membuat permohonan eMADANI untuk menerima RM100 ke dalam e-dompet yang tersedia.

Tawaran e-kredit itu boleh ditebus menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna iaitu MAE, ShopeePay Setel dan Touch n Go.

Namun sudah ada yang memuat naik status bahawa dia tidak layak untuk menebus e-kredit tersebut di aplikasi X.

“Dah ada yang kena reject?” ujar pengguna X.

Rupanya sudah jelas tertulis sebab mengapa permintaan tersebut tidak diterima, alasan diberikan adalah tiada pemfailan cukai LHDN untuk tahun 2022.

Rata-rata warganet memaklumkan betapa pentingnya untuk memfailkan cukai pendapatan.

“Pemfailan cukai LHDN adalah salah satu syarat sebab emadani ni untuk orang yang ada pemfailan cukai tahun lepas bawah RM100k.

“Kalau tiada pemfailan cukai tu, macam mana nak tahu lebih ke kurang ke. Memanglah kena reject. haihhh bijak la sikit.

“Makanya, buatlah LHDN tax filing walaupun tak bekerja. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab,” antara komen warganet.

Tahukah anda apa sebab yang boleh menyebabkan permohonan anda tidak diterima? Jika anda bukan salah satu daripada kategori di bawah.

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ;
  • Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023

Bagi penerima eBeliaRahmah, anda juga tidak layak kerana sudah menerima bantuan e-kredit sebelum ini.