Ramai yang tak tahu fungsi sebenar tempat pemegang dalam kereta

Ramai yang tak tahu fungsi sebenar tempat pemegang dalam kereta

 

Jika anda menaiki kenderaan yang dipandu oleh pemandu yang langsung tak berhemah, biasanya sukar untuk anda memberi tumpuan kepada perjalanan tersebut, kan?

Selain daripada menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan, kita akan secara spontan ‘bergayut’ pada tempat pemegang yang berada di sisi.

Seperti beberapa bahagian kereta lain, pemegang pada bahagian dalam kereta ini kelihatan agak unik. Kenapa, kerana ia jarang digunakan melainkan berdepan dengan situasi pemandu sebentar tadi.

Disebabkan fungsi pemegang yang dilihat agak ‘samar-samar’, ada pengguna yang meletakkan pewangi kereta pada bahagian itu.

Menurut Technology.org, tujuan utama pemegang ini adalah untuk membantu para pengguna untuk menaiki dan keluar daripada kereta dengan mudah.

Jika anda menaiki kenderaan yang bersaiz besar, anda mungkin menggunakan pemegang untuk mengangkat diri anda ke dalam kereta. Kemudian, anda sekali lagi akan menggunakan bahagaian tersebut untuk menurunkan diri anda semula ke tangga atau kaki lima tanpa perlu melompat.

Bagi kenderaan kecil, berkemungkinan fungsi ini tidak digunakan secara kerap, namun ia membantu golongan-golongan yang berkeperluan.

Antaranya seperti orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan wanita mengandung untuk duduk dengan lebih selesa dalam kenderaan tersebut.

Dari mana pemegang ini datang?

Pemegang ini dicipta orang seorang jurutera Ford Motor Company, Jared Glaspell. Ketika menghasilkan rekaan minivan Mercury Monterey pada awal 2000-an, beliau telah menggunakan simulator wanita hamil.

Tujuan jurutera tersebut menggunakan simulator tersebut adalah untuk menilai tahap keselasaaan bagi ibu hamil ketika berada dalam kenderaan.

“Saya mahukan lebih banyak tempat pemegang untuk masuk dan keluar dari kenderaan,” Glaspell memberitahu The Detroit News pada Mei 2003.

Berbeza dengan bahagian penumpang, bahagian pemandu biasanya tidak memiliki pemegang di atasnya.

Menurut Nodum.org, stereng kereta pada bahagian pemandu boleh bertindak sebagai tempat untuk berpaut.

Secara logiknya, jika pemandu meletakkan tangan pada bahagian pemegang, ia akan menganggu pandangan ketika pemandu, terutamanya ketika melihat cermin sisi.

Tambahan pula, pemandu yang meletakkan tangan pada pemegang akan cenderung mengendalikan kenderaan tersebut dengan menggunakan satu tangan sahaja.

Atas faktor keselamatan, bahagian pemegang biasanya tidak akan diletakkan pada tempat duduk pemandu.

Secara ringkasnya, pemegang tersebut digunakan untuk masuk dan keluar dari kenderaan secara selesa.

Walau bagaimanapun, jika terdapat para penumpang yang tidak mahu melepaskan tangannya daripada bahagian tersebut ketika pemanduan, mungkin anda perlu memperbaiki kemahiran memandu anda.