Ramai yang tak tahu kegunaan sebenar ubat gegat dicipta, sebenarnya bukan untuk halau lipas

Ramai yang tak tahu kegunaan sebenar ubat gegat dicipta, sebenarnya bukan untuk halau lipas

 

Pernahkah anda menggunakan ubat gegat untuk menghalau lipas?

Sebenarnya penggunaan ubat tersebut langsung tidak memberi kesan kepada lipas.

Jom kita ikuti perkongsian seorang pengguna Twitter, Naim AJ Pest tentang kegunaan sebenar ubat tersebut.

Penggunaan ubat gegat untuk menghalau lipas boleh dikatakan mitos sahaja. Sebab beliau sendiri pernah melihat lipas makan ubat gegat ketika kerja di bahagian pest control.

Sesuai dengan namanya Ubat Gegat, racun jenis ini sesuai untuk serangga bernama Gegat.

Gegat atau nama lain dia Silverfish atau ulat buku. Ramai selalu salah sangka dengan anak lipan serangga ni.

Serangga ni merupakan perosak dalam kategori Crawling Insect Pest. Serangga ni tak berbisa, tapi boleh merosakkan banyak benda dalam rumah kita.

Silverfish atau Gegat ni suka duduk di tempat yang lembab dan sejuk. Serangga ini boleh makan fabrik, kayu, buku, wallpaper dinding, sisa makanan dan macam-macam lagi.

Paling biasa kita akan jumpa di buku-buku lama. Dia paling suka makan gam pada kertas atau buku.

Bagaimana ubat gegat berfungsi hapuskan gegat?

Ubat gegat diperbuat daripada bahan Dklorobenzina atau Naftalena (Naphtalene). Dua jenis bahan ni merupakan jenis bahan bakar.

Bau yang dihasilkan dari ubat ini sebenarnya hasil dari gas yang meruap dari ubat tersebut.

Gas dari ubat ini dapat meruap ke segenap ruang tempat yang kita letak ubat ini.

Serangga gegat atau silverfish ni walaupon dia menyorok di celah-celah lipatan baju atau kertas di tempat simpanan dia akan terkesan dengan gas dari ubat gegat ni.

Selain dari tu, ubat gegat juga berkesan untuk Moth dan Kamitetep. Sebab tu ubat gegat ni orang putih panggil Moth Ball.

Moth ni pembiak kepada Kamitetep.

Gas dari ubat ini tidak bagi kesan yang banyak untuk lipas, kerana lipas adalah serangga yang mudah imune dengan racun.

Penggunaan ubat ini sebenarnya tidak berapa bagus untuk kesihatan kita. Terutamanya untuk mereka yang ada masalah penyakit G6PD.

Kesan ubat gegat untuk makanan juga agak kuat. Apabila diletak ubat ini di tempat simpanan makanan, makanan tersebut akan ada sedikit rasa dan bau ubat tersebut.