Ramai yang tak tahu sejarah ubat nyamuk Fumakilla di Malaysia

Ramai yang tak tahu sejarah ubat nyamuk Fumakilla di Malaysia

 

Tan Sri Fumihiko Konishi, warga Jepun yang berasal dari wilayah Ishikawa merupakan pengasas kepada ubat nyamuk jenama Fumakilla dan juga kedai makan sushi popular, Sushi King.

Beliau berkelulusan dalam bidang farmasi merupakan graduan Tokyo University of Pharmachy and Life Sciences tahun 1966 dan pengkhususan dalam bidang Kimia .

Kali pertama datang ke Malaysia pada tahun 1968 melalui tajaan sepenuhnya kerajaan Jepun, beliau terus jatuh cinta dengan keindahan Malaysia.

Konishi melihat nyamuk adalah satu ancaman kepada rakyat di Malaysia.

Beliau mengambil keputusan untuk mengimport ubat nyamuk dari Jepun dan memasarkannya ke Malaysia di bawah jenama Fumakilla.

Permintaan di luar jangkaan. Jenama Fumakilla terus maju dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.