“Rapat selagi boleh, kau blah free” – Yamani Abdillah berang kereta cucuk rapat rupanya nak lari bayar tol

“Rapat selagi boleh, kau blah free” – Yamani Abdillah berang kereta cucuk rapat rupanya nak lari bayar tol

 

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), anak kepada penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah itu memberitahu sebuah kereta jenis saga berwarna putih berjaya pecut keluar dan melepasi tol tanpa membuat sebarang bayaran.

Susulan itu, Yamani berkata, dia cuba mengikut rapat kereta berkenaan dan merakam beberapa gambar untuk dijadikan bahan bukti.

Aku cari kau sampai dapat bangsa*! Sumpah aku geram. Dah la cucuk belakang rapat-rapat dan masa dekat tol, rapat selagi boleh. Lepas itu, lepas macam itu saja.

Aku yang bayar, kau blah free macam anak setan.

Dalam pada itu, Yamani juga menegaskan dia tidak akan menghalalkan bayaran tol dan berharap pemilik kenderaan itu berjaya diberkas oleh pihak berkuasa.

Ingat kau takkan pergi jauh la der. Standby saja kena angkut. Apa-apa pun aku tetap takkan halalkan. Aku nak kau merangkak cari aku kat sana nanti. Goodluck la der.

Untuk info, mereka yang melakukan pencerobohan tol dan mengelak daripada membayar tol boleh didakwa bawah Seksyen 8 Akta Jalan Persekutuan 1984 (Pengurusan Persendirian), yang akan mengenakan hukuman denda antara RM2,000 dan RM5,000 jika disabitkan kesalaha