“Rare weh!” – Kanak-kanak bangsa Cina fasih bahasa Tamil buat netizen rasa kagum

“Rare weh!” – Kanak-kanak bangsa Cina fasih bahasa Tamil buat netizen rasa kagum

Malaysia yang terkenal dengan rakyatnya yang berbilang kaum ini pasti mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Walaupun bahasa kebangsaan kita ada Bahasa Melayu, ada juga antara kita yang mampu bertutur dalam bahasa Mandarin, Tamil dan sebagainya.

Baru-baru ini viral di media sosial seorang kanak-kanak lelaki berbangsa Cina fasih bercakap dalam bahasa Tamil. Video yang dimuat naik oleh @kartik_suresh menunjukkan dia dan anak jirannya, Kai Kai sedang sibuk membuat mango lassi.

@kartik_suresh

#tamiltiktok #chineseboy #malaysian #fypシ

♬ original sound – 𝗞αятιк 𝗦υяєѕ𝗛 – 𝗞αятιк 𝗦υяєѕ𝗛

Di awal video ketika Kartik sedang mengupas buah mangga, Kai Kai ada memberitahunya bahawa jika menggunakan epal dan anggur air itu boleh menjadi lebih manis. Kemudian, Kai Kai bertanya kepada Amma, ibu Kartik adakah mereka mempunyai epal di rumah.

Apa yang menghiburkan ialah ketika Kai Kai menyuruh Kartik untuk cepat, dia bercakap dalam bahasa Inggeris namun slang nya berbunyi seperti orang berbangsa Cina. Dalam video yang lain, Kai Kai yang dikatakan rapat dengan keluarga jirannya, seringkali ikut menyambut perayaan bersama keluarga Kartik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargenet meninggalkan komen positif dan kagum dengan kebolehan Kai Kai yang boleh berbahasa Tamil.

Kaikai 1

Kaikai 2

Kaikai 3

Betul-betul satu Malaysia ye!