Rashid beri jaminan parlimen akan dibuka segera, Azizan kunci mulut
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon mengesahkan Parlimen akan mula bersidang dalam masa terdekat.
Ia merupakan keputusan selepas sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berlangsung kira-kira sejam di Istana Negara hari ini.
Menurut Mohd Rashid, sesi menghadap itu turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
Turut sama, Timbalan Speaker Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih terhadap keprihatinan Seri Paduka Baginda, kita hargai kuasa Agong semasa darurat ini.
“Jadi InsyaAllah apa yang dititahkan oleh baginda dalam ruang lingkup… juga melalui nasihat daripada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk kita membuka Parlimen sebagaimana telah dicadang dan dititah YDPA.
Media sebelum ini melaporkan Rais dan Azhar mendapat jemputan dari Istana Negara dan pertemuan itu adalah bagi membincangkan mengenai persidangan Parlimen.
Difahamkan ia selepas Rais dan Azhar pada 25 Jun lalu mencadangkan persidangan Parlimen secara hibrid boleh diadakan sekitar akhir Ogos ataupun minggu pertama September tahun ini.
Sumber – MalaysiaGazette