Rayuan ditolak, nilai saman perlu dibayar MB Kedah kepada Mahfuz meningkat menjadi RM120, 000

Rayuan ditolak, nilai saman perlu dibayar MB Kedah kepada Mahfuz meningkat menjadi RM120, 000

Ibarat lebai malang, begitulah nasib yang menimpa MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor selepas rayuannya menolak saman pemimpin Parti Amanah Negara, Mahfuz Omar di tolak mahkamah.

Malah lebih memalukan apabila mahkamah turut bersetuju dengan permohonan Mahfuz untuk menaikkan jumlah saman daripada RM50, 000 kepada RM120, 000.

Perkara ini dinyatakan oleh peguambela kepada bekas MP Pokok Sena itu sendiri, saudara Noorazmir Zakaria menerusi satu hantaran FB miliknya sebentar tadi.

Rayuan Sanusi ditolak & Rayuan Dato Wira Mahfuz Omar menaikkan jumlah gantirugi dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan.

Alhamdulillah.

Persidangan Mahkamah Rayuan secara zoom harini.

Rayuan MB Kedah terhadap saman fitnah Dato Mafuz ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

Rayuan anakguam untuk menaikkan jumlah gantirugi pula dibenarkan, daripada RM50,000 kepada RM120,000.

Saya secara peribadi dalam kendali kes saman fitnah, inilah jumlah gantirugi yang paling tinggi dapat. Susah nak lepas nilai ratus ribu sekarang ni.

Alhamdulillah. Ramadhan Kareem.

12 Ramadhan 1444H.
3 April 2023.

Mahkamah Tinggi pada 8 Nkvember 2021 telah memerintahkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membayar ganti rugi RM50,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berhubung kenyataan fitnah melalui hantaran Facebook dua tahun lepas.

Memetik Awani, pada 9 Okt 2019, Mahfuz memfailkan saman itu berdasarkan hantaran yang dibuat oleh Muhammad Sanusi dalam akaun Facebooknya pada 30 Julai 2019 yang mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat bagi kawasan Pokok Sena dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan itu.

Mahfuz juga mendakwa Muhammad Sanusi menerbitkan satu video berdurasi 7 minit 57 saat di akaun Facebooknya pada 27 Julai 2019 yang memaparkan sekumpulan individu membantah pembukaan Sport Toto di Pokok Sena sambil memegang sepanduk yang tertera nama plaintif.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Arifin membuat perintah itu selepas membenarkan saman fitnah dikemukakan Mahfuz selaku plaintif terhadap Muhammad Sanusi sebagai defendan.