Razman terus cipta kontroversi langgar SOP Covid-19

Razman terus cipta kontroversi langgar SOP Covid-19

Bagaikan tidak serik, pemimpin kerajaan Negeri Perak ini terus mencipta kontroversi selepas dikesan gagal mengamalkan SOP Covid-19.

Pemimpin yang dimaksudkan ialah Razman Zakaria, Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak.

Menerusi perkongsian laman rasmi FBnya, dia berkongsikan sekepimg foto menghadiri majlis perkahwinan bekas pemandu peribadinya sewaktu memulakan khidmatnya bersama Pas di Perak.

Walaubagaimanapun, pengguna media sosial mempersoalkan sikapnya yang enggan mematuhi SOP Covid-19 selepas tidak memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal dengan pasangan pengantin.

Malah, menurut mereka lagi, dengan tugas yang memerlukannya bertemu ramai orang, sudah sewajibnya Razman tidak memandang remeh isu pematuhan SOP.

Tindakannya juga didakwa boleh membahayakan keselamatan pasangan pengantin yang baru berpeluang mengecap nikmat berpasangan itu.

Razman sebelum ini juga pernah dihukum denda RM1000 oleh mahkamah sebelum ini selepas didapati bersalah bersama-sama menjamu selera bersama penduduk kampung secara berjemaah ketika dalam rangka lawatannya bersama Timbalan Menteti Kesihatan ke pusat tahfiz kelolaannya.