Razman Zakaria : Dulu, kini dan selamanya tidak berubah, kaki langgar SOP
Pernah didenda sebelum ini, ketika berkenduri ikan tenggalan bersama Timb Menteri Kesihatan, Noor Azmi, ianya sedikitpun tidak menakutkan Razman Zakaria untuk terus melanggar undang-undang.
Terbaharu, dia dijemput merasmikan Sambutan Guru Pasti yang telah berkhidmat melebihi tempoh 24 tahun di Kampar. Malangnya dia sekali lagi dikesan melakukan kesalahan dengan tidak mengamalkan penjarakan fizikal seperti yang termaktub dalam arahan SOP PKPB terbaharu dikeluarkan MKN.
Ramai melihat ianya satu protes senyap ditujukan khusus terhadap MB Perak, Shaarani akibat tidak mengekalkan kedudukannya sebagai Exco kanan ketika perlantikan kali kedua MMK baru-baru ini.
Sementara itu, pihak polis seharusnya mengambil tindakan keras terhadapnya memandangkan ia merupakan kesalahan kedua yang dilakukannya.
Walaubagaimanapun, dia masih boleh menarik nafas lega sekalipun didapati bersalah nanti kerana perlaksanaan kadar kompaun baharu yang dinaikkan ke RM10 ribu bagi kesalahan ulangan seperti diumumkan Ismail Sabri, Menteri Kluster Keselamatan MKN baru-baru ini hanya akan mula berkuatkuasa 11 Mac nanti. Jadi tiada isu dia akan terlucut jawatan Adun akibat denda tersebut – NM