Reaksi comel Haziq, wartawan ulaq sawa tular selepas terima panggilan wanita ini

Reaksi comel Haziq, wartawan ulaq sawa tular selepas terima panggilan wanita ini

Nama Haziq terus menjadi ‘trending’ di media sosial selepas aksi bersahajanya melaporkan kejadian penemuan ‘ulaq sawa besaq’ di ‘Market’ Bukit Selambau, Kedah tular baru-baru ini.

Malah lebih mengejutkan apabila video tersebut dikhabarkan telah pun melepasi jumlah lebih sejuta tontonan sehingga kini.

Terkini, bagi menghargai usaha wartawan cilik tersebut, seorang artis wanita popular yang diminati Haziq tampil membuat kejutan terhadapnya.

Artis wanita yang dimaksudkan, Nabila Razali telah bermurah hati menghubungi Haziq menerusi panggilan video setelah membaca kisah Haziq yang begitu meminatinya.

.
Haziq dilihat turut bernyanyi bersama dengan Nabila Razali ketika dijemput penyanyi tersebut. Malah aksi comel Haziq yang kelihatan malu-malu itu turut mencuit hati Nabila.

Sebelum ini, portal MStar telah berkongsikan 10 perkara yang terdapat pada diri Haziq, termasuklah meminati pelantun suara lagu ‘Peluang Kedua’ itu.

Haziq merupakan individu kedua selepas Abang Viva yang menjadi ‘trending’ di Malaysia ketika ini.

Sumber – Facebook