Reen Rahim mengamuk! Hilang 1.6 juta pengikut gara-gara video tular, “Bodohnya, otak tak ada ke?”

Reen Rahim mengamuk! Hilang 1.6 juta pengikut gara-gara video tular, “Bodohnya, otak tak ada ke?”

 

Pelakon, Reen Rahim meluahkan rasa berang terhadap segelintir pihak yang meninggalkan komen negatif terhadap video tular miliknya baru-baru ini.

Video tersebut merupakan pengakuan Reen yang pertama kali bangun sahur untuk menyediakan makanan setelah berkahwin dengan suami tercintanya, Ahmad Nur Hazim.

Berdasarkan beberapa perkongsian di Instagram Stories (IGs), Reen berkata komen-komen negatif tersebut telah membuatkan dia kehilangan akaun TikTok mencecah pengikut 1.6 juta akibat disekat.

“Saya tak suka post benda negatif atau apa-apa masalah di media sosial. Tapi agak tidak s*al juga apa saya dapt pagi ini. Tapi saya rasa kena cakap juga. Mungkin boleh ada kesedaran untuk yang buat posting dan selalu komen ikut tekak.

“Oh ya, untuk portal juga yang rajin buat story dan berita mengikut apa kata netizen laha*at yang macam tak pergi sekolah dia punya komen.

“Memang hanjailah ek, tak kan saya nak kena masuk details or hire komposer untuk saya spontan buat video? Ala bodohnya. Otak tak ada ke? Ingat mak bapa saya tu batu ke tak kejut subuh?,” bidasnya.

Jelas Reen lagi, segala pandangan orang ramai yang mendakwa dia tidak bangun menunaikan ibadah Subuh adalah fitnah. Menurutnya, ini adalah pertama kali dia seawal pagi untuk menyediakan juadah sahur setelah mendirikan rumah tangga.

“Maksudnya, saya ni tak pernah bangun awal makan beria-ria, masak sahur lagi lah tak pernah. Selalu Umi kejut saya hujung untuk minum air lepastu terus solat Subuh, kemudian tidur balik. Bangang!

“TikTok saya kena banned dah dua minggu. Saya try macam-macam tak dapat jadi saya reda je la. Sekali pagi ni saya dapat email. Rupanya TikTok cakap video saya dah dibanjiri komen-komen yang tak bermoral.

“Dan assume video saya mendorong pengikut-pengikut saya buat perangai buruk. Sampaikan kecoh masuk berita, tapi saya pula busy tak main phone. Jadi saya tak perasanlah benda bodoh ni viral,” jelasnya.

Sementara itu, Reen turut meminta pihak yang mempunyai masalah iri hati atau hasad dengki untuk tidak mengikutinya di akaun TikTok terbaharunya.

“Sampai saya kena buat TikTok baru. Berlambak pula akaun palsu. Mohon yang ada penyakit ain, acah-acah bagus, negatif, hati busuk dan bodoh tolong jangan follow TikTok baru saya.

Reen memohon waktu untuk dirinya bertenang dan akan memberi pengajaran atas perkara yang terjadi ini dalam sebuah siaran langsung akan dibuat selanjutnya.

Sebelum ini, heboh di serata media sosial mengenai pengakuan aktres drama rantaian Pujaan Hati Kanda yang memaklumkan dirinya bangun sahur selepas berkahwin.