Remaja 15 tahun diajak 2 lelaki Rohingya bersiar-siar, sebelum dirogol dalam kereta

Remaja 15 tahun diajak 2 lelaki Rohingya bersiar-siar, sebelum dirogol dalam kereta

Remaja wanita 15 tahun menjadi mangsa rogol dua lelaki Rohingya yang baru dikenalinya, insiden ini berlaku di kawasan Klebang, Melaka.

Menurut laporan Harian Metro, remaja malang itu dirogol di dalam kereta selepas dibawa bersiar-siar oleh kedua-dua lelaki warga asing itu.

Perbuatan lelaki Rohingya itu terbongkar apabila mangsa ditemui kira-kira jam 2 pagi di taman permainan Batu Berendam oleh rakan abangnya yang membantu mencari remaja itu kerana dia didapati tidak pulang ke rumah.

Pexels Alex Green 5699780

Di dalam laporan yang sama, Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata pihaknya menerima laporan kejadian dibuat abang mangsa pada hari sama di Balai Polis Batang Tiga.

Difahamkan, siasatan mendapati mangsa yang masih bersekolah keluar dari rumahnya kira-kira 2 petang pada 14 September lalu, untuk bersiar-siar bersama warga asing itu.

“Lelaki itu yang juga suspek pertama membawa mangsa menaiki motosikal kira-kira 4 petang sebelum bertemu dengan seorang lagi lelaki Rohingya yang dikenali berusia 27 tahun (suspek kedua) di sebuah restoran di Klebang.

Mereka kemudiannya pergi bersiar-siar dengan menaiki Proton Preve dipandu suspek kedua, sebelum mangsa dirogol oleh kedua-dua lelaki itu di dalam kenderaan berkenaan di tepi pantai di kawasan itu.

Selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di sebuah taman permainan di kawasan Batu Berendam,” katanya.

Hasil pemeriksaan oleh Hospital Melaka terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa dan difahamkan 2 lelaki warga asing itu telah direman tujuh hari bermula 15 hingga 21 September ini bagi siasatan lanjut.

“Suspek pertama seorang penganggur dan suspek kedua, peniaga dan mereka turut memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat,” katanya.

Sebagai info, ini merupakan kes jenayah kedua melibatkan warga Rohingya yang dilaporkan tahun ini selepas satu kes cabul kanak-kanak peremupan berusia 12 tahun, Januari lalu.