Remaja bawah umur disahkan pemandu mpv langgar mati 2 pemotong rumput

Remaja bawah umur disahkan pemandu mpv langgar mati 2 pemotong rumput

Polis mengesahkan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang merempuh dua pemotong rumput sehingga mengakibatkan seorang daripadanya maut di Jalan Pintasan Semeling di sini hari ini, merupakan seorang pelajar berusia 16 tahun dan tiada lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, remaja terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

“Polis akan memanggil ibu bapa remaja terbabit bagi mengetahui bagaimana dia dapat memandu kenderaan itu tanpa pengawasan penjaga.

“Hasil siasatan mendapati remaja itu seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.