Remaja diejek kerana gelar Charles & Keith sebagai beg tangan jenama ‘mewah’

Remaja diejek kerana gelar Charles & Keith sebagai beg tangan jenama ‘mewah’

 

Baru-baru ini seorang gadis di Singapura menerima pemberian beg tangan jenama Charles & Keith dari bapanya.

Gembira dengan pemberian itu, gadis berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Zoe, membuat video ‘unboxing’ beg tangan tersebut di akaun TikTok miliknya dengan kapsyen “My first luxury bag”.

@zohtaco

thank you dad 🥹

♬ Glitch – Just audios

Malangnya, ada beberapa individu yang mulutnya berbau longkang tampil memuat naik komen bahawa beg jenama Charles & Keith bukanlah jenama mewah, sebaliknya jenama tempatan yang biasa-biasa sahaja. Komen-komen itu secara tidak langsung telah gus merosakkan mood dan kegembiraan Zoe.

Sedar dengan komen-komen negatif itu, Zoe tampil menjelaskan bahawa keluarganya bukanlah orang berada yang boleh membeli sesuatu baru dengan mudah seperti membeli roti.

“Saya berasa kurang selesa apabila bercakap mengenai topik wang kerana saya membesar dalam keadaan sederhana dan keluarga saya juga bukanlah di kalangan orang berada.”Kami bukannya dapat membeli benda baru seperti membeli roti. Bagi awak, sebuah beg tangan berharga SG$80 bukanlah mewah tetapi bagi saya dan keluarga, ianya mahal.

“Saya berasa kurang selesa apabila bercakap mengenai topik wang kerana saya membesar dalam keadaan sederhana dan keluarga saya juga bukanlah di kalangan orang berada.

“Kami bukannya dapat membeli benda baru seperti membeli roti. Bagi awak, sebuah beg tangan berharga SG$80 bukanlah mewah tetapi bagi saya dan keluarga, ianya mahal.

“Dan saya sangat bersyukur ayah saya dapat belikan satu untuk saya. Dia bekerja keras untuk mendapatkan wang itu,” katanya.

@zohtaco

Replying to @cressy i am so happy and grateful for you, that you can consider charles and keith not a luxury. also btw if you google it, lots of sources do classify them as a luxury brand. so.

♬ original sound – zoe 🦋 – zoe 🦋

Tambah Zoe lagi, dia tidak menyangka hanya kerana beg itu dia menerima komen-komen negatif sedangkan dia menerima pemberian itu seadaanya.

Sementara itu, netizen turut menyelar komen-komen negatif yang dilemparkan individu-individu terbabit yang dianggap menjijikkan sehingga tergamak merendahkan pemberian bapa Zohtaco.

“Perjalanan hidup setiap orang bukannya sama. Jijik baca komen yang cuba mengajar tentang kemewahan pada orang lain,” kata Faith.

“Apa-apa saja yang dibeli oleh mak ayah kita adalah mewah. Ini bukan tentang tanda harga, tetapi nilai sentimental yang tiada harganya,” kata Ummi.

“Samalah masa first time keluar kereta. Semua sibuk cakap macam-macam, ‘Eh kenapa ambik kereta Malaysia? kenapa tak ambik Honda ke, Toyota ke?’. Tak fahamlah manusia jenis macam ni!” kata Si Gadis.

“Saya nak bei satu untuk diri sendiri pun berapa kali berfikir. For me, memang luxury brand Charles & Keith sebab harga satu beg itu boleh jadi duit poket makan saya untuk dua tiga minggu. So, memang belum mampu lagi nak beli untuk diri sendiri,” kata Pikashi.