Remaja maut selepas sertai cabaran makan kerepek paling pedas

Remaja maut selepas sertai cabaran makan kerepek paling pedas

 

SEORANG remaja lelaki, Harris Wolobah, 14 tahun di Massachusetts, Boston maut selepas melakukan cabaran popular TikTok.

Remaja tersebut dilaporkan meninggal dunia hanya beberapa jam selepas menyertai trend yang dikenali sebagai One Chip Challenge di sekolahnya itu.

Cabaran yang telah dilancarkan oleh jenama Paqui bermula tahun 2016 ini memerlukan pesertanya untuk memakan satu kerepek tortilla yang mengandungi cili terpedas di dunia iaitu California Reaper Pepper dan Naga Viper Pepper.

Screenshot (3)

Susulan daripada tragedi yang berlaku, salah satu pengguna media sosial menuntut agar syarikat tersebut segera ditutup.

“Remaja itu kehilangan nyawanya di Boston dan kalian harus ditutup.

“Ia sangat menjijikkan kerana sanggup lakukan demi keuntungan,” komen salah seorang pengguna media sosial.

Seorang pakar perubatan, Dr Lauren Rice juga mendedahkan bahawa pengambilan capsaicin berlebihan boleh mengakibatkan jantung berdebar dan sakit di bahagian dada.

Capsaicin adalah kompoun bahan kimia yang terdapat dalam semua jenis cili yang menyebabkan rasa pedas.

Berikutan kematian remaja itu, Paqui bertindak menghentikan jualan produk One Chip Challenge di kedai-kedai berkaitan.

Sementara itu, Paqui turut meletakkan amaran terhadap produknya itu dengan memberi peringatan bahawa ia ‘ditujukan untuk penggunaan dewasa’ dan harus dijauhkan dari kanak-kanak.

“Cabaran ini untuk orang dewasa sahaja dengan pelabelan yang jelas menunjukkan kerepek itu bukan untuk kanak-kanak.

“Sementara produk itu terus mematuhi piawaian keselamatan makanan, atas kewaspadaan yang tinggi, kami secara aktif bekerjasama dengan peruncit kami untuk mengeluarkan produk dari rak jualan,” kata syarikat itu.