Rendang wagyu kegemaran Nora Danish di pagi raya, menu istimewa air tangan suami

Rendang wagyu kegemaran Nora Danish di pagi raya, menu istimewa air tangan suami

Pelakon popular, Nora Danish memaklumkan hidangan lemang dimakan bersama rendang daging atau ayam adalah menu wajib setiap kali ketibaan hari raya aidilfitri,

Menurut laporan mStar, rendang wagyu adalah menu yang paling digemarinya yang dimasak sendiri oleh suami tercinta, Mohamad Nedim Nazri.

 

“Bagi saya setiap kali hari raya wajib ada lemang. Saya tidak akan makan lemang pada hari-hari biasa cuma ketika raya sahaja.
“Biasanya saya akan padankan lemang dengan rendang ayam atau daging wagyu yang dimasak sendiri oleh suami… cuma sekarang dia jarang masak.
“Tapi sekarang pun sudah banyak tempat ada jual rendang wagyu dan ia memang sedap,” katanya.

 

Bukan itu sahaja, aktres yang berusia 41 tahun itu mendedahkan dia lebih gemar untuk membeli makanan hari raya di luar sebagai tanda menyokong peniaga-peniaga kecil berbanding masak sendiri.

Katanya, dia meluahkan rasa syukur suami memahami dan enggan untuk membebankan dirinya daripada membuat kerja-kerja dapur.

“Saya dan suami banyak beri sokongan kepada peniaga luar dengan membeli sahaja juadah hari raya.
“Saya bersyukur dapat suami yang memahami, dia tak nak menyusahkan isteri di pagi raya. Dia selalu cakap tak payah masak.
“Bukan senang nak sediakan barang-barang suami dan anak-anak di pagi raya samping dengam baju raya. Gosok baju mereka lagi,” ujarnya lagi.

Malah, dia gembira apabila keluarga mentua dan suaminya mempunyai kelebihan memasak dan secara tidak langsung memudahkan urusannya dalam menguruskan juadah raya.

“Macam hari raya pertama di rumah mentua jadi tak adalah saya nak menyediakan juadah sangat. “Bab makan saya tahu suami saya pandai masak, keluarga dia pun sama. Jadi saya makan sahaja. Alhamdulillah,” luahnya lagi.

Sekadar info, Nora pernah membina mahligai bersama Rizal Ashram pada 2006 dan bercerai pada 2008.

Bagaimanapun, dia telah mendirikan rumah tangga bersama Nedim pada tahun 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Mohamed Neyqal, 5.