Resepi ayam masak berlado, confirm bertambah nasi!

Resepi ayam masak berlado, confirm bertambah nasi!

 

Menu ayam masak berlado merupakan hidangan kesukaan ramai. Walaupun sudah ramai yang tahu resepinya tetapi lebih sedap sekiranya letak satu bahan rahsia ini.

Selain ayam, resepi ini juga boleh dicuba untuk ikan, sotong, udang, paru dan lain lain mengikut cita rasa anda dan ahli keluarga. Jom cuba!

Resepi Ayam Masak Berlado Tambah Nasi, Mantap!

Bahan-bahan:

  • Cili besar hijau dan merah
  • Cili padi merah
  • Belacan *bahan rahsia
  • Gula
  • Sos tiram

Cara penyediaan:

1. Cuci bersih ayam dan goreng sehingga garing.

2. Goreng kentang dan ketepikan.

3. Kisar semua bahan di atas dan tumis sehingga masak. Pastikan sehingga pecah minyak untuk mengelakkan sakit perut.

4. Kemudian, masukkan sedikit sos tiram dan kacau sebati.

Siap dan sedia untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas dan kicap memang sedap. Bilangan cili boleh mengikut kesesuaian.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Mira Muchie