Resepi bihun goreng sedap & lembut! Ala-ala air tangan nenek

Resepi bihun goreng sedap & lembut! Ala-ala air tangan nenek

 

Bihun goreng, bee hoon goreng atau mee hoon goreng merujuk kepada hidangan mi goreng yang dimasak dengan bihun.

Sekiranya anda merindui air tangan nenek, resepi bihun goreng kampung ini mampu mengubati rindu tersebut.

Kalau nak tahu, bihun goreng merupakan makanan sarapan pagi dan snek yang popular.

Di mana, ia digoreng hingga tekstur kering dan diperisakan dengan bahan tumbuk seperti ikan bilis, bawang merah dan bawang putih.

Malah, hidangan ini juga meriah dengan isi udang dan bahan hiasan lain mengikut selera penggemar.

Jom lihat resipinya di bawah!

RESEPI BIHUN GORENG KAMPUNG

resepi bihun goreng kampung

Bahan tumbuk:

  • Bawang merah – 3 biji
  • Bawang putih – 3 biji
  • Ikan bilis – 1 sudu besar

Bahan lain:

  • Bihun (1/2 bungkus) – direndam hingga lembut dan toskan
  • Bawang besar holland 1/2 labu – dihiris dadu
  • Udang – 10 ekor
  • Carrot – dihiris (optional)
  • Kubis – dihiris (optional)
  • Sos ikan – 1 sudu besar
  • Cili kisar – 3 sudu besar
  • Sos tiram – 3 sudu besar
  • Sos tomato – 2 sud7 besar
  • Cili merah – 4 biji dihiris

Bahan hias:

  • Daun bawang. – dihiris
  • Bawang goreng

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan kuali dan tumis bawang besar holland.
  2. Kemudian, masukkan pula bahan tumbuk.
  3. Masukkan pula cili kisar dan udang.
  4. Bila sudah pecah minyak masukkan sedikit air.
  5. Kacau, kemudian sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  6. Perisakan terlebih dahulu dan barulah dimasukkan bihun yang telah ditoskan.
  7. Kacau-kacau, kemudian masukkan pula sayur.
  8. Apabila bihun sudah kering dan masak bolehlah dimasukkan hirisan cili.
  9. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama taburan bawang goreng dan daun bawang.

Selamat mencuba!