Resepi donut bulat-bulat gebu, guna 2 bahan je!

Resepi donut bulat-bulat gebu, guna 2 bahan je!

 

Bila sebut donut, pasti rata-rata malas untuk membuat sendiri di rumah kerana agak leceh. Tapi ibu-ibu jangan risau kerana ada resepi donut bulat comel yang menggunakan 2 bahan sahaja tanpa perlu menguli.

Nak tahu macam mana? Ikuti perkongsian lengkap resepinya di bawah ini. Hari-hari buat donut untuk anak pun tak ada masalah selepas ini. Jom cuba!

CARA BUAT DONUT BULAT-BULAT, LEMBUT SANGAT

DONUT BULAT

Donut comel permintaan anak-anak. Hanya guna dua bahan sahaja tepung naik sendiri dan plain yogurt. Simple sangat. Anak happy, mak pun teruja. Laju kerja mak-mak dapat sediakan kuih kesukaan anak.

Bahan-bahan: 

  • Yogurt asli 190g
  • Secawan tepung naik sendiri

*Kalau nak buat banyak, boleh tambah lagi sukatan.

Cara penyediaan: 

1. Satukan tepung dan yogurt, kaup-kaup sahaja. Adunan ini memang lembik sebab itu kena guna piping bag. Kalau tak ada piping bag pakai la plastik bungkus lauk, potong hujung (bucu plastik).

2. Kemudian panaskan minyak masak, minyak banyak sikit macam nak deep fry.

3. Masukkan adunan dalam piping dan picitkan ke dalam kuali. Gunting ikut sukatan anda nak sewaktu goreng ke dalam minyak.

4. Mula-mula nampak adunan tenggelam sikit tapi biarkan sehingga dia timbul.

5. Masak sehingga keperangan, angkat dan toskan.

6. Nak lagi sedap, salut gula atau celup dalam coklat cair.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Ibu Resepi & Elmo World Kitchen