Resepi ikan siakap bakar sambal, tanpa pencicah pun dah sedap!
Kebiasaannya, apabila menikmati ikan bakar bersama nasi panas pasti akan dipadankan dengan pencicah air asam atau sambal kicap.
Tapi resepi ikan bakar kali ini agak berlainan kerana menggunakan sambal perapan saja rasa ikan tersebut sangat umami dan tidak perlu pencicah.
Rugi kalau tak cuba resepi ikan bakar Puan Ana Mariana Ismail ini. Bukan bakar ikan sahaja, resipi ini boleh digunakan untuk bahan mentah lain.
Mudah pun mudah, sedap pun sedap! Tak perlu lama nak buat hidangan ikan siakap bakar ini sebab tak perlu buat dah pencicah air asam.
Resepi Ikan Bakar (Siakap)
Cikna nak kongsi resipi ikan siakap bakar cara cikna yang sedap sangat. Tak percaya, cuba lah. Resipi ini nak guna ayam, kambing udang, sotong, kerang dan ikan lain-lain pun boleh juga ya.
Bahan-bahan A:
- Cili kering segenggam (ikut nak pedas mana)
- Bawang besar sebiji
- Bawang putih 3,4 ulas
- Kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh)
- Halia seinci
- Serai sebatang
- Minyak masak @ minyak zaitun sikit
- Sedikit air
Bahan-bahan B:
- Garam + gula secukup rasa
- Madu sedikit (pilihan tak letak pun tak apa)
Cara-caranya:
- Kisar semua bahan-bahan A.
- Kemudian, tuang atas ikan siakap yang dah dibersihkan (cikna belah 2 ikan nak bagi serap semua bahan perap). Jangan gunakan semua bahan perapan.
- Selepas itu, letak bahan B dan perap sekejap.
- Ikan sedia untuk dibakar selepas dibiarkan sekejap bersama bahan perapan.
- Lebihan bahan perapan ikan tadi, masak di kuali lain sampai likat jadikan pes pulak ya.
- Bila ikan dah masak dua-dua bahagian, sapu pes yang kita masak tadi untuk rasa lebih sedap.
Hasilnya, ikan bakar sambal pun siap. Boleh lah makan.