Resepi kuih ketayap paling senang nak buat dan sedap!
“Kenapalah orang buat kuih ketayap menjadi elok je lubang-lubang angin tu? Apa resepi ketayap yang saya boleh ikut ya?”
Kuih ketayap merupakan antara kuih tradisional melayu yang menjadi kegemaran ramai khususnya buat peminat tegar inti kelapa.
Tapi bila setiap kali buat kuih ketap ini di rumah, pasti tak menjadi macam yang dijual di kedai dan mempunyai lubang-lubang angin yang kecil.
Berikut merupakan perkongsian Roslina Shaari Ina Kie resepi ketayap yang paling senang dan ‘confirm’ menjadi yang anda boleh buat untuk santapan menu minum petang hujung minggu ini.
Resepi Ketayap Paling Senang, Ada Yang Lubang-Lubang Baru Menjadi
Kuih yang senang nak buat. Tapi kalau melekat rasa nak buang saja bancuhan. Kalau buat ada jadi macam lubang-lubang baru menjadi.
Bahan-bahan
-3 cawan tepungg gandum
-3 cawan air pandan atau air biasa
-3 sudu makan tepung ubi
-3 sudu makan minyak
-Sebiji telur, secubit garam
-Pewarna hijau
Cara masak balutan luar dan inti
1.Masukkan semua bahan dalam blender bagi sebati.
2.Panaskan kuali dan dadarkan.
3.Bila dah melengkung di tepi maknanya dah masak. Boleh angkat.
4.Kelapa, gula, gula merah dan garam.
5.Sedikit tepung gandum.
6.Gaul semua masak sampai sebati.
7.Manis ikut citarasa.
8.Dah siap boleh gulung jadi ketayap.
*Dah siap! Cantiknya kejadian ada lubang-lubang angin.