Resepi kuih lopes daun pisang, potong guna benang

Resepi kuih lopes daun pisang, potong guna benang

 

Lopes merupakan sejenis kuih tradisional masyarakat Melayu yang diperbuat daripada pulut. Seiring pemodenan zaman, cara pembuatannya juga semakin maju.

Namun, tidak dilupa juga kaedah lama yang unik dengan menggunakan benang untuk memotongnya seperti resepi kuih lopes Puan Rohani Ronnie.

Mungkin masyarakat muda kini, sudah jarang melihat proses pemotongan kuih lopes menggunakan benang. Bahkan, balutan kuih ini juga menggunakan cara lama iaitu daun pisang.

Justeru itu, mari ikuti perkongsian resipi kuih tradisional ini di bawah.

RESEPI KUIH LOPES BALUTAN DAUN PISANG

resepi kuih lopes

Kuih lopes buat cara lama dan balut daun pisang. Cara potong pun cara lama juga, potong dengan benang.

Resepi kuih lopes dan kuah gula

Bahan-bahan:

  • 1 kilo pulut
  • 1 cawan air daun pandan
  • 3 cawan air
  • Secubit garam
  • 1 cawan gula melaka/gula merah
  • 3 sudu gula pasir
  • Daun pandan untuk aroma kuah gula

Cara-caranya:

  1. Masak pulut bersama air daun pandan dan seubit garam, macam masak nasi tapi biarkan separuh mentah.
  2. Apabila dah masak boleh lah dibalut dengan daut pisang yang telah dilayur. Balut dan ikat kemas-kemas macam buat ketupat daun pisang.
  3. Kemudian, boleh lah direbus ataupun dikukusselama 20 minit, angkat dan sejukkan.
  4. Bila pulut tadi dah sejuk, boleh lah dipotong mengunakan benang supaya pulut dipotong cantik dan kemas.

resepi kuih lopes

Resipi kuah gula

  1. Masak air dengan gula melaka.
  2. Masukkan simpulan daun pandan untuk aroma.

Boleh la dihidangkan bersama kelapa putih, digaulkan dan dimakan dengan air gula tadi.

VIDEO PENUH PROSES PEMOTONGAN KUIH LOPES

Sumber: Rohani Ronnie via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)